Dilaporkan
saman Jabatan Kehakiman AS terhadap beberapa individu, termasuk Jho Low
dan Riza Aziz untuk membekukan aset-aset yang dipercayai dibeli dengan
wang 1MDB yang dilencongkan, akan bermula pada 22 Ogos ini.
Ini
bermakna, mereka yang disebut namanya dalam saman itu berpeluang
membela diri dan mencabar tuntutan kerajaan AS untuk merampas aset-aset
bernilai AS$1 bilion atau kira-kira RM4,000 juta itu.
Persoalan sekarang ialah sama ada Jho Low, Riza Aziz dan yang lain-lain akan hadir atau tidak dalam perbicaraan tersebut.
Beranikah
mereka berhujah dan menunjukkan bukti-bukti bahawa aset-aset tersebut
dibeli dengan wang sendiri tidak berkait sama sekali dengan wang 1MDB?
Dalam
hal ini, seorang peguam kanan, Zainur Zakaria bagaimanapun tidak yakin
mereka akan hadir dalam perbicaraan tersebut kerana katanya, tuntutan
Jabatan Kehakiman AS yang berdasarkan penyiasatan FBI hanya dilakukan
setelah siasatan yang teliti dan rapi dijalankan.
Saya
tidak fikir kerajaan AS akan memfailkan saman tersebut jika mereka
tidak cukup bukti kerana maruah negara mereka akan berdepan risiko,
tambahnya lagi.
Jika
tidak hadir, bukan saja aset-aset akan dibekukan, malah juga bermakna
mereka tiada kekuatan untuk mencabar dan secara tidak langsung suatu
bentuk pengakuan bahawa pembelian aset-aset itu memang berkaitan dengan
wang 1MDB yang dicuri.
Menurut
peguam Faiz Fadzil sebelum ini, selepas saman sivil pembekuan aset itu,
ia pasti akan disusuli dengan saman jenayah pula.
Apakah 22 Ogos ini merupakan permulaan kemelut 1MDB akan terungkai satu persatu kepada rakyat Malaysia dan juga dunia?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan