shahbudindotcom
Semalam, dalam wawancara dengan sebuah televisyen Indonesia, Najib Razak sekali lagi mengulangi kata-kata bahawa dirinya, kerajaan dan 1MDB tidak terlibat secara langsung dalam saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman AS.
Isu 1MDB adalah isu perniagaan, tetapi ia telah dipolitikkan oleh musuh tertentu, kata beliau lagi.
Sesetengah
orang menganggap penjelasan Najib itu tidak lebih umpama lawak
antarabangsa yang mampu membuatkan hampir 300 juta rakyat Indonesia
terbahak-bahak mendengarnya.
Sebelum
ini, ayat-ayat klise sebegitu sudah begitu kerap menjadi halwa telinga
dan membuatkan 30 juta rakyat Malaysia tersenyum-senyum simpul
mendengarnya, meskipun dalam masa yang sama disedari juga bahawa 7
negara sedang menyiasat 1MDB di mana Amerika serta Singapura sudah
memulakan tindakan penyiataan aset dan harta-harta berkaitannya.
Sampai bila Najib mahu terus membuai orang lain dengan ungkapan bahawa 1MDB hanya semata-mata isu perniagaan, bukannya penyamuman, kleptokrasi atau pencurian, pengkomplotan, penggubahan wang haram dan sebagainya?
Beranikah
Najib menyahut cabaran berdebat dengan Khairuddin Abu Hassan, antara
individu yang lantang bersuara mengenai 1MDB serta bertanggungjawab
membuat laporan kepada pihak berkuasa beberapa negara luar seperti AS,
Switzerland, Hong Kong dan Singapura?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan