MALAYSIAKINI
Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, beliau sendiri akan
menjelajah ke seluruh negara bagi meninjau pendapat sama ada Lim Guan
Eng patut bercuti atau meletakkan jawatan selaku ketua menteri Pulau
Pinang susulan proses pendakwaan yang didepani pada masa ini.
"Saya akan mengadakan lawatan ke seluruh negara untuk mendengar
pandangan sama ada Guan Eng perlu meletak jawatan atau atau mengambil
cuti sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.
"Atau (jika beliau) kekal dalam jawatannya dan tidak tunduk kepada
kuasa yang bermaharajalela dan tekanan dalam pertempuran terbaru ini,"
ujar Kit Siang dalam kenyataan, hari ini.
Walaupun Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dan DAP Pulau Pinang
telah membuat keputusan bahawa Guan tidak perlu meletakkan jawatan,
beliau masih mahu mendengar pandangan luar, ujar Kit Siang.
Dalam pada itu, Kit Siang menambah, jika Datuk Seri Najib Razak
diberi layanan yang sama oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia), perdana menteri itu akan disoal selama 16.4 tahun membabitkan
dakwaan skandal 'derma' RM4.2 bilion yang diterimanya.
"Ini kerana dakwaan skandal 'derma' RM4.2 bilion melibatkan Najib itu
adalah 1,500 kali lebih besar daripada dakwaan bango RM2.8 juta ke atas
Guan Eng.
"Dan jika Najib diberi layanan yang sama oleh SPRM seperti Guan Eng
dengan beliau telah disoalsiasat selama kira-kira 30 jam untuk empat
hari, Najib pula perlu disoal siasat selama 6,000 hari.
"Bayangkan Najib keluar masuk pejabat SPRM untuk disoal siasat selama
16 tahun dan 4 bulan, dari bangun tidur waktu pagi sehingga tidur pada
waktu malam dan tidak dapat berbuat apa-apa lagi," tambahnya.
Terdahulu, MCA mengingatkan Guan Eng bahawa rakyat sedang memerhati
sama ada beliau cakap serupa bikin dengan bercuti sementara menunggu kes
pendakwaan rasuah terhadapnya selesai.
“Sebelum ini, dia minta orang lain letak jawatan dan bercuti.
"Sekarang giliran kamu, rakyat akan lihat apa dia mahu buat,” kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Perkara yang sama turut disuarakan oleh Datuk Seri Dr Salleh Said
Keruak yang berkata, keputusan DAP supaya Guan Eng tidak melepaskan
jawatan menunjukkan pendirian parti itu yang mementingkan jawatan
semata-mata.
Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata berbeza dengan
pendekatan Barisan Nasional (BN), sekiranya seseorang pemimpin yang
memegang jawatan apabila didakwa di mahkamah, mereka akan bercuti
sementara atau berhenti.
"Tetapi berbeza pula dengan DAP di mana mereka ingin kekalkan jawatan
mereka. Apabila DAP ambil keputusan supaya Guan Eng tidak melepaskan
jawatan, rakyat boleh menilai antara pendirian DAP dan BN," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan