KUALA LUMPUR: Standard cecair berperisa untuk rokok elektronik atau
vape akan diumumkan tahun hadapan, kata Menteri Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata proses menetapkan piawaian berkenaan mengambil masa
kerana melibatkan beberapa proses perundangan, di samping perlu selari
dengan standard antarabangsa.
"Kita telah merujuk kepada France dan British standard, semua itu akan
kita gabungkan dan lihat mana yang kita boleh guna pakai.
"Selain itu, beberapa perundangan melibatkan tahap nikotin terpaksa
dibuat dengan mendapatkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan,"
katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Jualan Ke Sekolah di
seluruh negara yang bermula 21 November sehingga 10 Januari 2016 di
sini, semalam.
Hamzah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jangkaan
pengumuman standard penggunaan cecair itu oleh kementeriannya.
Pada majlis itu seramai 1,000 murid sekitar sekolah di Wilayah Persekutuan menerima bantuan peralatan sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan