MCA perlu main peranan bantu tangani peniaga etnik Cina yang melanggar undang-undang
PETALING JAYA: MCA sewajarnya bersama usaha menangani peniaga etnik Cina yang mengasari pengguna, dan bukan menyalahkan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu apabila berlaku kekecohan.
Peringatan itu diberikan oleh Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Melayu, Ali Baharom menjawab kenyataan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun baru-baru ini berhubung tunjuk perasaan di Kompleks Kota Raya, pada Jumaat.
Terdahulu, Chew berkata Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju semakin berani menganjurkan tunjuk perasaan berbaur perkauman selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengugurkan semua pertuduhan hasutan terhadap Ali Tinju susulan insiden pergaduan di Plaza Low Yat, yang berlaku pada Julai lalu.
Ali Tinju berkata MCA tidak berhak menyalahkan NGO Melayu ataupun Peguam Negara kerana tunjuk perasaan itu merupakan tindakan balas terhadap kes seorang individu yang ‘dikurung’ kerana enggan membeli telefon bimbit dari sebuah kedai.
“Sepatutnya MCA bangun untuk menasihati peniaga Cina disana (Kota Raya) untuk disekolahkan balik.
MCA kena jadi cikgu kepada peniaga Cina yang biadap, ajar mereka bagaimana nak sambut tetamu (pengguna), bukannya menyalahkan saya dan NGO Melayu (apabila kami tegur),” katanya kepada FMT.
Menurutnya lagi, tunjuk perasaan mereka turut mendapat sokongan dari kaum Cina yang tidak bersetuju dengan sikap peniaga yang melanggar undang-undang.
“Orang Cina sokong tindakan saya, dia kata tidak semua orang Cina setuju apa yang dilakukan peniaga Cina disana,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan