Jumaat, 4 Disember 2015

Isu RM2.6b, SRC: SPRM muktamad tarikh panggil PM


SPRM
SPRM
 
 
SHAH ALAM - ‎Wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Pejabat Perdana Menteri hari ini bagi memuktamadkan tarikh mengambil keterangan daripada  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu SRC International dan dana RM2.6 bilion.

Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, sebarang perkembangan berkaitan perkara itu akan dimaklumkan kelak.

"SPRM akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa," petik kenyataan itu.

Terdahulu di Dewan Rakyat hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mewakili perdana menteri untuk menjawab persoalan mengenai dana RM2.6 bilion.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said memberitahu, ketidakhadiran Najib ke Dewan Rakyat adalah kerana atas nasihat Peguam Negara.

Tiada ulasan: