SHAH ALAM: Beberapa penerbangan terpaksa dibatalkan, menyaksikan
beratus-ratus penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur 2 (KLIA2) di Sepang semalam, selepas ramai juruterbang AirAsia
dilaporkan sakit.
Pembatalan penerbangan serta beberapa daripadanya yang ditangguhkan, memaksa penumpang bermalam di lapangan terbang.
Memetik laporan mStar, kebanyakan penerbangan yang terjejas adalah bagi perjalanan tempatan.
Sementara itu, penerbangan antarabangsa yang turut dilaporkan
dibatalkan adalah untuk ke Lapangan Terbang Don Meuang di Bangkok.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes
berkata sekurang-kurangnya 12 juruterbang menghidap selesema.
Jadual penerbangan menjadi kecoh selepas penerbangan terpaksa dijadualkan semula.
Beberapa penumpang diberitahu bahawa penerbangan mereka dipindahkan ke penerbangan lain tetapi kemudiannya dibatalkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan