Selasa, 1 Disember 2015

1MDB: Arul dijangka hadir sesi PAC hari ini


Arul Kanda Kandasamy
Arul Kanda Kandasamy


KUALA LUMPUR - Pengarah dan Presiden Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda dijangka hadir ke Parlimen pagi ini untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Ini merupakan kali pertama Arul akan bertemu PAC selepas pelbagai tekanan diterima termasuk oleh pembangkang dan rakyat yang menggesa beliau dipanggil segera.

Sesi itu dijangka diketuai Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin dan anggota jawatankuasa PAC lain.

Sebelum ini, prodising syarikat pelaburan kontroversi, 1MDB yang dijadualkan berlangsung pada 26 Mei terpaksa ditangguhkan susulan Arul dan bekas  Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi mempunyai urusan di luar negara.

Semalam, Shahrol tampil memberi keterangan kali kedua berikutan ada beberapa maklumat yang harus dimaklumkan semula sebelum PAC mendengar keterangan daripada Arul, hari ini.

Pada 25 November lepas, PAC memanggil Shahrol pada pendengaran kali pertama untuk memberi keterangan berkaitan pembentukan 1MDB, yang dilapor berlaku dalam 2009 ketika di bawah pengurusan beliau.

Hasan dalam kenyataannya sebelum ini turut menjelaskan ia dilakukan agar PAC dapat membentangkan satu laporan jawatankuasa dengan lebih telus, menyeluruh serta adil.


1 ulasan:

Unknown berkata...

Hello, Saya Puan Heather Putih, syarikat pinjaman pinjaman peribadi. Kami sedang dan pakar dalam memberikan yang akhir pinjaman tahun ini, pinjaman Krismas, tahun pinjaman baru untuk anda untuk membayar apa-apa pinjaman koperasi yang anda sedang berada di sekarang kita memberikan pinjaman peluang seumur hidup untuk anda untuk membayar bil-bil anda dan hutang peribadi dan memiliki perniagaan anda. pinjaman diberi kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: (qualityloanfirms@asia.com)
(heatherwhiteloanltd@gmail.com). Datang dan perbezaan pengalaman dalam perkhidmatan kami.