Peguam Matthias Chang ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) hari ini.
Melalui SMS kepada Malaysiakini, Chang berkata beliau ditahan bawah seksyen sama dengan anak guamnya Datuk Khairuddin Abu Hassan.
“Baru ditahan bawah Sosma atas sebab (seksyen) 124K dan 124L (Kanun Keseksaan). Sama seperti Khairuddin,” katanya.
Seksyen 124K dan 124L berkaitan tindakan sabotaj dan cubaan mensabotaj negara.
Pembantu Chang memberitahu Malaysiakini majikannya itu ditangkap di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi ketika melawat Khairuddin.
Khairuddin juga sudah ditahan Sosma selama 15 hari.
Khairuddin ditahan selepas membuat laporan berkaitan 1MDB di beberapa negara lain, termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan