Dunia hari ini semakin mencabar. Masuk
sahaja pengajian sudah ada tanggungan hutang, RN20 ribu, RM40 ribu, RM90
ribu untuk menerus pengajian yang lebih tinggi.
Dengan lambakan IPTS yang ada di
Malaysia, di mana terbitnya ayat-ayat pemasaran supaya jangan risau
dengan keputusan rendah masing-masing di corong-corong radio, di mana
segala akan selesai selepas anda bersetuju untuk mengambil pinjaman
pendidikan.
Berita Semasa perhatikan tiada kawalan
permintaan pekerjaan dan industri daripada pihak kerajaan Malaysia
sehingga ke hari ini menyebabkan berlakunya lambakan beberapa
kolej-kolej swasta, IPTS dan juga IPTA yang menawarkan kursus-kursus
yang kurang relevan pada masa kini pun diambil juga, melihatkan jumlah
graduan yang keluar pada setiap tahun. Sehingga ada mentaliti hari ini….
- Biarlah masuk kursus apapun, asalkan masuk universiti.
- Jikalau tidak nak cakap dan menjawap apa dengan orang kampung, makcik pakcik dan sebagainya….
Terkini dan saban tahun kita akan terus melihatkan statistik pengangguran di Malaysia
di mana direkodkan sejumlah 200,000 graduan sudah termasuk dalam
kumpulan pengangguran di Malaysia. Nanti dahulu, 200,000 graduan ini
belum dicampur lagi dengan jumlah graduan yang menamatkan pengajian
mereka tahun ini. Agak-agak berapa selepas itu? Adakah kerabat dan
saudara mara termasuk dalam kumpulan ini?
Faktor dan Punca Masalah Pengangguran di Malaysia?
Masalah ekonomi akan datang ekonomi
dalam kitaran ekonomi hari ini. Tetapi jikalau daripada sekarang
kerajaan tidak melakukan kajian yang terpinci berkaitan pasaran
pekerjaan sebagai rujukan kepada pengambilan pelajar di di peringkat
yang lebih tinggi, kita akan terus didendangkan dengan lagu masalah
seperti ini setiap tahun.
PP/S : Veteran-veteran semua tidak
kasihan dengan nasib anak-anak kita dan pelajar yang menganggur ini?
Berapa lama lagi mahu duduk di kerusi empuk itu di sektor awam itu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan