MICHAEL MURTY
Datuk Seri Dr Wan Azizah
berkata, defisit fiskal itu tidak akan dapat dicapai kerana Najib tidak
mengambil kira bajet tambahan yang tidak dibentangkan hari ini. Foto
Fail TRP
KUALA LUMPUR, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa defisit fiskal dijangka berada pada kadar 3.1 peratus bagi 2016, tidak akan dicapai.
Menurutnya, defisit fiskal itu tidak akan
dapat dicapai kerana Najib tidak mengambil kira bajet tambahan yang
tidak dibentangkan hari ini.
“Ia belum diambil kira lagi dan apa yang ada dalam bajet tambahan itu tidak dibincangkan pada bajet ini.
“Sekalipun ia hanya angka, tetapi kadang-kala ia memberikan maksud yang penting,” katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen.
Beliau berkata, cukai barangan dan
perkhidmatan (GST) memerlukan rakyat membayar kepada kerajaan purata
RM1,300 berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang hanya diterima
hanya sebanyak RM1,050.
“Jadi ia seolah-olah mengambil semula daripda mereka menerima BR1M tersebut.
“GST adalah sangat membebankan bagi orang biasa yang mana akan menyebabkan hidup akan menjadi terlalu membebankan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung PKR,
Rafizi Ramli berkata, beliau khuatir bahawa kerajaan mengenakan lebih
banyak cukai kepada rakyat pada tahun depan.
Katanya, beliau menjangka sebanyak RM20
bilion daripada cukai tambahan akan dikutip daripada orang ramai tahun
depan dan perkara ini tidak dinyatakan oleh Perdana Menteri.
“Persoalannya ialah di mana mereka akan
mencari wang tidak dinyatakan dan sekiranya anda meneliti
dokumen-dokumen yang sangat tebal ini anggaran awal saya ialah akan ada
tambahan 20 bilion cukai yang akan dikutip daripada orang ramai tahun
depan.
“Ini adalah perkara terbesar pada bajet
kali ini dan sekiranya kita terjerumus ke dalam mod krisis pada tahun
depan maka rakyat akan terpaksa menanggungnya kerana terdapat perubahan
besar iaitu kebergantungan kepada cukai awam daripada mendapat
pendapatan melalui syarikat korporat atau institusi di negara ini,”
jelasnya.
Katanya lagi, tidak ada apa-apa sebarang pengumuman baru yang dibuat oleh Najib pada kali ini.
“Lebuh Raya Pan-Borneo telah dicanang sejak 20 tahun yang lalu dan pengumuman BR1M juga bukanlah perkara baru,” ujarnya.
Manakala Naib Presiden PKR dan Ahli
Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata, adalah penting bagi
Ahli Parlimen BN membuat pilihan yang tepat ketika membahaskan dan
mengundi untuk bajet berkenaan
“Negara telah ditadbir oleh parti yang
sama sejak merdeka jadi adalah penting untuk mereka membuat keputusan
dan pilihan yang mereka lakukan itu tidak hanya memberikan kesan kepada
mereka.
“Ia bukan hanyala mengenai RM5 juta yang
mana setiap Ahli Parlimen BN akan terima tetapi adalah mengenai masa
depan negara kita,” katanya.
Beliau berkata, Najib menggunakan banyak
peribahasa Melayu dalam ucapannya seperti ‘musuh dalam selimut’ dan
‘gunting dalam lipatan’ yang menunjukkan bahawa Najib mempunyai keraguan
terhadap sokongan terhadap beliau.
“Saya agak bingung dan Ahli Parlimen BN perlu membuktikan diri mereka di mata rakyat,” jelasnya.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua pula menggesa semua Ahli Parlimen untuk mendengar masalah yang dihadapi rakyat pada ketika ini.
“Sudah tiba masanya untuk mengetepikan
kepentingan peribadi dan parti dan melihat mengenai krisis sosial dan
ekonomi yang dihadapi negara ketika ini dan bersama mencari
penyelesaian.
“Jika Perdana Menteri seorang yang patriotik dan cintakan negara ini, beliau perlu berundur.
“Kita tidak meminta untuk menukar
kerajaan tetapi mahu bekerjasama dengan BN supaya kita dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama-sama,” tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan