BANGI: Peruntukan talak tiga dalam bai’ah yang dipraktikkan oleh PAS
di Kelantan sudah lama dimansuhkan susulan kajian mengenai perkara itu,
kata Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.
"Sebenarnya sudah berlaku (kajian semula (iaitu) lihat balik, pandang
balik atau kaji balik. Memang di peringkat 2004 itu yang berlaku bai'ah
yang ada di dalamnya taklik talak tapi pada 2008 sehingga 2013 bai'ah
kekal tapi sudah tidak ada talak isteri.
"Itu perkembangan yang saya katakan bahawa balik kepada bai'ah sebagai
bai'ah itu sabit, pengisian dalam bai'ah itu tergantung pada masa dan
keadaan," kata Haron dalam pertemuan bersama Antarapos baru-baru ini.
Pemimpin veteran PAS itu mengulas gesaan agar parti itu menarik balik
syarat bai'ah yang dianggap kerakusan politik memaksa pemimpin
mengorbankan isteri dengan bercerai talak tiga.
Isu bai'ah hangat diperkatakan apabila sekumpulan bekas pemimpin kanan
PAS yang tidak sehaluan dengan pimpinan PAS bertindak keluar parti
tanpa mengosongkan kerusi DUN dan Parlimen yang di menangi mereka atas
tiket PAS.
Sebelas daripada 13 wakil rakyat berkenaan bercadang menubuhkan Parti Amanah Negara yang bakal dilancarkan Rabu depan.
Di Kelantan, antara yang di lihat melanggar bai'ah talak tiga ialah
Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar yang menyertai PKR kelmarin dan
Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli yang memilih Amanah.
Haron menambah Nabi Muhammad SAW juga mempraktikkan amalan bai'ah
sambil menjelaskan kandungan bai'ah tersebut boleh berubah mengikut
peredaran masa.
"Macam Nabi juga bila berbai'ah dengan wanita atau muslimat lain daripada bai'ah yang dilakukan dengan muslimin.
"Dengan wanita ia khusus berbai'ah jangan syirik, jangan zina, jangan
berbohong dan jangan bunuh anak...itu di antara isi taklik dengan wanita
manakala dengan lelaki antaranya bersama-sama menanggung amanah untuk
menegakkan Islam dan sangggup mempertahankan Islam dengan darah dan
nyawa," katanya.
Justeru tokoh perubatan Islam ini berkata PAS sentiasa peka dan
bertindak proaktif dalam perkara-perkara yang berkait dengan lafaz
bai’ah atau sumpah taat setia termasuk bai’ah talak tiga yang
dipraktikkan di Kelantan sejak 2004.
"Maka maknanya boleh diisi dalam bai'ah itu apa yang sesuai bagi satu-satu zaman.
"Oleh sebab itu memang PAS telah pun kaji semula dan telah mengubah ikut kesesuaian masa," katanya.
3 ulasan:
Takbir..Allahu Akbar..sapot ulamak, tolak geng liberal(taghut)
Mula2 bukan main berapi jatuh talaq. Takut pengundi wanita marah, api jadi ais! Ha ha ha PAS! PAS!
Oh dah dipinda, patut lah nak tutup buku pasal bai'ah ni! Tapi den mushkil gak, apasal bila geng yang memang dihalau dulu, pi masuk Amanah dan tetiba Ahmad Yaakob, Nik amar sampai mufti Kelantan sendiri kecoh kata talak 3 tu sah jatuh? Diaorang tu bukan ulamak ke sampai tak tau benda tu dah pinda? Diaorang tu bukan pimpianan PAS dan Ahli Majlis Syura sehingga mereka dungu pasal pindaan Bia'ah? Masa tu satu ekor semut pun tak bersuara tentang pindaan pada Bai'ah tapi bila Kamarudin Jaafar masuk PKR baru MSU tersedar ada pindaan pada bai'ah.
Ish, macam ada benda tak kena je denagn pengakuan Harun Din ni! Something smell fishy and it ain't a fish, I tell ya! Masuk Amanah semua bersorak tentang bai'ah dan talak tapi masuk PKR tetiba je ada pindaan? Takkanlah MSU bukan mesyuarat kelmarin dan buat keputusan tentang pindaan tu pastu back dated tarikh mesyuarat supaya ia terlaksana sblm PRU13? Ish..tu namanya menipu! Tu namanya tak amanah! Tu namanya mengubah hukum untuk memenuhi kehendak diri sendiri, bukan nak mencari keredhaan tuhan. En Rambo III tak nampak ke apa yg sedang dilakukan oleh ulamak2 PAS ni? Still nak suruh kami taat membuta tuli macam lembu dicucuk hidung? kalau Mr Rambo nak taat gak tu kau punya pasal tapi kalau kami tak nak ikut jangan le fitnah kami sebagai anti ulamak, anti hudud dan agen DAP.
Fitnah walaupun dengan alasan untuk mempertahankan Islam dan "ulamak" tetap jua "fitnah" yang dikutuk Allah. Islam tu suci dan sesuatu yang suci tidak akan dapat wujud bersama dengan kotoran dan kebatilan. Itulah dia Islam. Islam tak halalkan melabel dan memfitnah dengan alasan nak mengalahkan musuh islam. There's no such thing in Islam. But it exist in a party that deluded itself to a point that they think they are allowed to do anything (and I do mean anything) as long as it benefits Islam. Better take a hard look at your islam and your core beliefs Mr Ramboo III. There might be something wrong upstairs or in your heart!
Nick.
Cape Tiger.
Catat Ulasan