Ahad, 20 September 2015

Lepaskan jawatan wakil rakyat jika masih bermoral, tegas Haron Din

 Oleh Syed Muaz Syed Putra

 
Post Pic
 
 
BANGI: Majlis Syura Ulama menyokong gesaan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya wakil rakyat parti itu meletakkan jawatan jika menyertai parti lain termasuk Parti Amanah Rakyat (Amanah) selaras dengan bai'ah yang dilafazkan.
 
Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata gesaan itu perlu kerana semua ahli parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu  telah melafazkan bai'ah ketika menjadi calon dalam pilihan raya umum lalu.
 
"Ia akan balik kepada bai'ah, kalau sudah dia menyebut dalam bai'ah kalau saya khianat dan saya keluar parti segala hasil yang saya makan itu adalah haram maka bermakna dia tak boleh peganglah dan kena lepaslah (jawatan).
 
"Yang keduanya secara moralnya bila kena menang atas perjuangan titik peluh ahli sebuah parti dengan perbelanjaan ahli-ahli, tenaga dan nama parti sampai masa kita meninggalkan parti moralnya tinggallah segala-galanya termasuk jawatan," katanya dalam temubual bersama Antarapos baru-baru ini.
 
Beliau menambah perkara itu telah jelas dinyatakan dalam bai'ah dan jika mereka melanggar sumpah taat setia itu, mereka akan dilaknati Allah. 
 
"Saya sebut ini kerana tidak ada paksaan, tidak boleh bawa ke mahkamah untuk bincang tapi secara moralnya kalau kita pergi kepada mungkinan untuk mereka lepas jawatan maka lepas dengan baiklah.
 
"Itu yang diminta oleh ahli pun, kalau mereka tidak lepas juga yang ada bai'ah dia nilai sendiri bai'ah itulah yang akan menentukan kepadanya," katanya.
 
Haron mengulas tindakan beberapa wakil rakyat PAS yang telah mengambil keputusan menyertai parti baru iaitu Amanah yang diterajui bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan dibarisi bekas pimpinan parti Islam itu.
 
Abdul Hadi dalam ucapannya malam tadi mengulangi gesaan supaya wakil rakyat parti itu meletakkan jawatan jika menyertai parti lain termasuk Amanah.
 
Beliau berkata tindakan itu perlu kerana semua calon PAS pada pilihan raya umum lalu telah melafazkan bai'ah bersumpah dan mereka akan dilaknati ALLAH SWT jika melanggar bai'ah itu.
 
Isu ba'iah PAS ini mula menjadi topik hangat apabila beberapa wakil rakyatnya menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) yang kini dikenali dengan nama Parti Pekerja Malaysia (PPM).
 
PPM kini dalam proses penjenamaan semula untuk menukar nama kepada Parti Amanah Negara dan sedang mendapatkan kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
 
Antara bekas pemimpin PAS yang tersenarai sebagai anggota jawatankuasa Amanah ialah Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Md Ramli; Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad; Ahli Parlimen Sepang Mohd Hanipa Maidin; bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin dan Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 Kedah Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi. 
 
Lepas jawatan dan tanding semula
 
Mengulas lanjut, Haron berkata pendirian PAS menggesa bekas wakil rakyatnya melepaskan jawatan berkenaan selaras dengan kandungan bai'ah yang dilafazkan dan mereka perlu menghormati hak rakyat yang menentukannya.
 
"Apa pun saya merasakan hak rakyat, pengundi dan parti yang meletakkan mereka itu hendaklah dihormati.
 
"Hormati dengan maksud apa yang kita janjikan dengan rakyat dulu kita tunaikan, janji berkhidmat kepada rakyat maka khidmat dengan baik dan kalau janji nak pulang balik pulangkan balik," katanya.
 
Tokoh perubatan Islam berkata kemenangan yang dicapai mereka pada pilihan raya umum lalu bukan kerana tenaga serta kekuatan sendiri sebaliknya ia disumbangkan oleh jentera PAS. 
 
"Bergantunglah kepada keadaan yang saya rasa semua orang dapat mengagak sukar bagi seseorang itu nak meninggalkan sesuatu kemenangan yang telah mereka capai walaupun mereka sedar ini bukan tenaga dia seorang tapi ramai orang yang menyokong dia itu atas nama parti bukan peribadi.
 
"Maka terpulanglah kepada hati masing-masing, kalau dia merasakan boleh tenang demikian dan tidak merasakan kesalahan tawakallah kepada Allah," katanya.
 
Justeru Haron sekali lagi mengulangi gesaan agar mereka melepaskan jawatan disandang dan menyerahkan semula hak memilih kepada rakyat.
 
"Tapi kalau dia merasakan tidak betul maka dia jujurlah dengan dirinya lepaslah semua jawatan dan serah balik kepada rakyat untuk menentukan.
 
"Kalau dia nak bertanding semula, bertandinglah semula dan dia menang secara gentleman," katanya.
 
 

2 ulasan:

Unknown berkata...

Masa ghostbuster dok dihospital najib dah jumpa dan dalam slow talk tu ada kira kiralah, dah kawtim , line clear penang road, hmmm hasilnya ?

PAK JUNAIDI berkata...

SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB