Rabu, 9 September 2015

Keadaan jerebu dijangka lebih baik mulai 20 September, kata Meteorologi

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR:  Jabatan Meteorologi meramalkan keadaan jerebu, yang menyebabkan pencemaran udara dalam negara, akan bertambah baik berikutan peralihan tiupan angin monsun dari Malaysia ke Indonesia pada 20 September ini.
 
Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata tiupan angin mosun itu pada ketika ini bertiup dari Indonesia ke negara ini.
 
Beliau berkata tiupan angin ke negara ini ia menyebabkan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara sejak 2 minggu lalu.
 
"Sekarang ini kita dapat lihat corak tiupan angin yang konsisten dari Indonesia ke negara kita. Kita jangkakan perubahan berlaku pada 20 hari bulan ini.
 
"Hari ini pun kita dapat melihat keadaan IPU negeri-negeri di Semenanjung sudah bertambah baik, dan dijangka akan berkekalan untuk beberapa hari yang akan datang," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur hari ini.
 
Mohd Hisham berkata pihaknya tidak bercadang untuk melaksanakan pembenihan awan bagi tujuan penghasilan hujan kerana proses pembenihan hanya akan dilakukan jika bacaan IPU mencecah tahap tidak sihat selama 3 hari berturut-turut. 


Tiada ulasan: