Jumaat, 16 Januari 2015

Syed Ali pertahan 'pelukan Rosmah'

MALAYSIAKINI


 


Seorang pemimpin bahagian Umno tampil mempertahankan tindakan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor memeluk pemain badminton Datuk Lee Chong Wei.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dalam tulisan di blognya berkata, ia berbeza dengan pelukan artis K-Pop B1F4 yang memeluk beberapa orang remaja wanita bertudung dalam sebuah konsert.

"Saya sifatkan tindakan Rosmah yang memeluk pemain badminton nombor satu negara itu sebagai satu penghargaan seorang ibu kepada anaknya kerana berjaya meraih kemenangan dalam sukan.

"Ianya sama sekali tidak boleh disamakan dengan tindakan tiga gadis bertudung yang berpelukan dengan artis K-Pop,” katanya.

Ia merujuk kepada tindakan Rosmah memeluk Lee dalam satu pertandingan sukan.

Gambar itu menunjukkan Rosmah memegang leher Lee dan muka pemain badminton tersembam ke bahagian dada isteri perdana menteri.

Beliau turut memperakui Rosmah sebagai “ibu kepada 28 juta rakyat Malaysia” dan memuji keprihatinan isteri Datuk Seri Najib Razak itu.

"Bagi sesiapa yang pernah mengikuti program Rosmah termasuk program yang dianjurkan oleh Umno Bahagian Cheras pasti sering mendengar ucapan yang sering dilafazkan olehnya yang merupakan ibu kepada 28 juta rakyat Malaysia.

"Rosmah juga selalu menyebut, sebagai isteri Perdana Menteri, dia akan sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat pelbagai kaum di negara ini," katanya di blog umnobahagiancheras.blogspot.com.

Tiada ulasan: