Rabu, 28 Januari 2015

Mustafa Ali sedia jawab 'mulut celupar' Guan Eng

MALAYSIAKINI


 


Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk berdebat mengenai enakmen bagi melaksana pilihan raya kerajaan tempatan di negeri itu.

Cabarannya itu timbul susulan kenyataan Lim yang disifatkannya sebagai "bermulut celupar" kerana menyifatkan beliau sebagai seorang yang tidak jujur.

“Tak kisahlah anda tulis macam mana tapi saya mahu bersemuka,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Mustafa berkata, dakwaan bahawa beliau "tidak jujur" itu tidak tepat kerana mereka tidak pernah bertemu untuk membincangkan mengenai

"Dia kata saya tak jujur. Saya nak jelaskan di sini, perkataan yang digunakan Guan Eng itu bukan sahaja tidak tepat, tak betul tetapi menggambarkan dia seorang yang mulut celupar,

"Saya tak pernah berbincang atau dihubungi Guan Eng berkaitan dengan isu enakmen pilihan raya PBT ini sebelum enakmen itu dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Sebelum ini tak ada.

"Tetapi saya mengaku selepas beberapa hari enakmen itu diluluskan, dia ada hubungi saya melalui telefon," katanya lagi dalam satu sidang media hari ini.

Ketia ditanya, Mustafa berkata beliau juga sedia berdebat dengan Guang Eng berhubung enakmen tersebut.

Ia bagi menjawab kenyataan Lim yang mendakwa DAP telahpun membuat rundingan dengan PAS sebelum ini berhubung enakmen bagi mengadakan pilihan raya tersebut.

Lim menyifatkan Mustafa dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang “tidak jujur” kerana mendakwa sebaliknya.

Tiada ulasan: