MALAYSIAKINI
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Pakatan
Rakyat tidak akan berpecah walau beliau dihumban ke penjara.
Katanya tiada apa yang perlu dibimbangkan sekalipun jika keputusan kes Liwat II pada 10 Februari ini tidak memihak kepadanya.
Beliau juga meminta Menteri Besar Selangor Azmin Ali bertindak "lebih berani" untuk membawa perubahan lebih baik dalam Pakatan.
"Tiada ada sesiapapun yang mahu ke penjara. Saya pun tidak mahu ke
penjara... Tetapi ada yang mengatakan Anwar berada dalam penjara
bermasalah, Anwar di luar pun bermasalah, tapi akhirnya saya lihat dari
sudut yang positif.
"Rakyat cenderung untuk melupakan bahawa saya sudah berada dalam penjara
apabila Pakatan kuat, sudah tentu bukan dengan nama Pakatan Rakyat,
tetapi konsep gabungan ini luas, jadi ini bukan sesuatu yang baru.
"Ada yang berkata saya masuk penjara mungkin boleh menguat dan
mengukuhkan Pakatan, kerana akan menjadi titik menyemarakkan orang
ramai. Jadi saya selalu melihatnya dalam positif," katanya.
Anwar yang juga ketua umum PKR dilapor berkata demikian dalam wawancara eksklusif disiarkan lidah parti DAP, The Rocket.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan