Isnin, 26 Januari 2015

Bah: Wajah duka di lensa mereka

MALAYSIAKINI


 


Rentetan banjir besar yang melanda beberapa negeri, seramai 10 jurugambar tampil dengan rakaman kisah duka yang dirakam lensa mereka.

Jurugambar itu, sebahagiannya berkhidmat dengan akhbar, itu tampil dalam pameran fotografi “Bah” di pusat membeli belah Publika di ibu negara.

Pameran seminggu bermula 24  kelmarin memaparkan 30 imej
Adib Rawi Yahya, Afif Abd Halim, Azreen Madzlan, Azrol Ali, Asyraf Rasid, DigitalDome, Hasnoor Hussain, Ismail Othman, Michael Yip dan Syahrin Aziz.

Kesemua mereka bertugas sebagai jurugambar profesional.

Kurotor program Ili Farhana Norhayat berkata pameran fotografi itu diadakan bagi mengumpul derma bagi membantu sekolah dilanda banjir.

“Pengunjung bukan sahaja boleh menderma malah mereka boleh membeli karya dari dan hasil dari itu akan disumbangkan kepada sekolah yang terjejas teruk,” katanya kepada Malaysiakini.

Setakat ini enam keping gambar sudah terjual.

Sementara itu, jurugambar bebas Syahrin Abdul Aziz yang menyumbangkan empat karyanya berkata masyarakat masih belum menghargai karya seni fotografi walaupun lokasi dipilih strategik.

“Walaupun lokasi (pameran) yang dipilih strategik namun mereka yang lalu lalang berhenti hanya untuk ambil selfie.

“Mereka tidak tanya jurugambar bagaimana foto itu diambil walaupun jurufoto berada di situ,” kata beliau yang mempunyai 15 tahun pengamalan dalam bidang fotografi.

Tiada ulasan: