Rabu, 28 Januari 2015

Polis serbu pejabat kartunis Zunar

MALAYSIAKINI


 


Sekumpulan enam orang polis dari ibu pejabat kontinjen Kuala Lumpur menyerbu pejabat Zunar pagi ini untuk merampas beberapa komik karya kartunis popular itu.

Seorang kakitangan pejabat Zunar yang dihubungi Malaysiakini berkata, kumpulan polis itu memberitahu operasi ke pejabat di Pudu, Kuala Lumpur itu dibuat mengikut Akta Hasutan.

Kakitangan tersebut, yang enggan dinamakan berkata, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur itu bagaimanapun tidak membawa waran untuk menggeledah.

Katanya, pasukan berkenaan tiba sejak kira-kira jam 11 pagi tadi menunggu kehadiran pengurus pejabat untuk membuka pintu bilik yang menempatkan komik berkenaan.

Tambahnya, beliau tidak tahu judul khusus yang ingin dirampas oleh pasukan berkenaan.

Zunar atau Zulkifli Anwar Ul-Haq kini berada di Cambridge, United Kingdom atas urusan kerja.

Tiada ulasan: