Selasa, 27 Januari 2015

"Saya keluar dengan rela bukan dipaksa" - Rohana

ANTARAPOS.COM


Post Pic



KUALA LUMPUR: Timbalan Naib Cancelor Universiti Malaya (UM) Rohana Yusof menafikan beliau dipaksa berhenti, sebaliknya menjelaskan tempoh perkhidmatannya tamat tahun ini.

“Orang Malaysia mudah tertipu. Perkara (pemberhentian) itu tidak benar,” katanya kepada Malaysiakini.

Perkhidmatan Rohana dilaporkan diberhentikan kerana terlalu berlembut dengan pelajar.

Menurutnya, beliau sudah menjaga hal-ehwal pelajar sejak 2010 dan jawatannya sebagai timbalan naib cancelor tamat tahun ini.

“Penggal kedua saya berakhir 7 Ogos 2015. Saya akan berundur dan orang lain akan mengambil alih. Saya gembira dengan kerja saya dan semua perancangan saya sudah lengkap.

“Maka apabila tempoh saya tamat, saya rasa patut berundur,” katanya sambil menambah beliau yakin pentadbiran akan mengurus universiti sebagaimana sebuah universiti ulung patut diurus.

Malaysian Insider melaporkan jawatan Rohana akan diambil alih oleh seorang yang lebih keras dengan pelajar dan ketika beliau memegang jawatan ketua pembangkang Anwar Ibrahim memberi ceramah di kampus universiti walaupun ia dilarang.

Tiada ulasan: