Tan Sri Abu Kassim Mohamed
SHAH ALAM - Akhbar Sinar Harian yang menjunjung prinsip telus dan tulus
akan bertindak sebagai "rakan media" Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) yang baru-baru ini menubuhkan Jawatankuasa Integriti
Pengurusan Tabung dan Dana Banjir.
Justeru, Sinar Harian terbitan Kumpulan Media Karangkraf akan "menjadi
mata dan telinga" menyalurkan maklumat jika wujud salah laku dan
penyelewengan bantuan mangsa banjir kepada agensi itu.
"Sinar Harian boleh menjadi penyambung antara SPRM dengan rakyat di
Kelantan (dan Terengganu) iaitu penyalur maklumat dan juga 'champion'
dalam memberitahu kepada masyarakat bahawa sebarang aduan akan
dikendalikan dengan mantap.
"Jadi, Sinar Harian dipilih secara khusus untuk membantu kita dalam hal
tersebut," katanya Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed
dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Harian.
Sementara itu, Penerbit Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub mengakui
gembira atas penghargaan tersebut dan memberi jaminan akan bekerjasama
sepenuhnya dengan SPRM.
"Kita rasa gembira kerana ini merupakan sebuah penghargaan kepada Sinar
Harian dan saya yakin akhbar kita dipilih kerana sifat Sinar Harian itu
sendiri, telus dan tulus.
"Insya-ALLAH kita akan beri kerjasama sepenuhnya dengan SPRM. Maknanya
wartawan-wartawan Sinar Harian dan seluruh warga Sinar Harian di
Kelantan dan Terengganu, di mana berlakunya banjir itu akan jadi mata
dan telinga untuk SPRM. Maknanya kita akan melihat keadaan di bawah dan
buat laporan," katanya.
Menurut beliau, kerjasama itu akan terus berlaku untuk tempoh yang panjang.
"Kita akan bertindak adil kepada semua pihak. Peranan Sinar Harian jelas. Kita mata dan telinga rakyat.
"Kita akan akan sentiasa mainkan peranan... untuk jangka masa panjang.
Kita memang adalah suara rakyat jadi, kita akan menentang sebarang
penyelewengan, salahguna kuasa dan menyokong segala kebaikan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan