Roketkini.com
KUALA LUMPUR: Dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya kewujudan Perkasa berpunca dari ekstremis bukan Melayu mengarut sama sekali, kata Naib Pengerusi DAP Teresa Kok Suh Sim.
Katanya, kenyataan dangkal itu merupakan cubaan Mahathir untuk menjustifikasi penglibatan dan sokongannya kepada organisasi pelampau itu.
“Saya tidak terkejut kalau Mahathir tidak boleh berikan sebarang bukti konkrit atau contoh apabila dia mendakwa peningkatan ekstremis bukan Melayu sebagai punca kewujudan Perkasa.
“Kerana dakwaaan Mahahir sememangnya tidak berasas, dan dia sebenarnya mengulangi pembohongan yang disebut sendiri oleh Perkasa tentang kewujudan mereka,” kata Teresa dalam satu kenyataan.
Januari tahun lalu, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali dilaporkan berkata, sekiranya DAP tidak menyerang hak-hak Melayu dan Bumiputera serta tidak memberi sokongan kepada kumpulan yang menyokong liberalisme, Perkasa tidak akan wujud.
Ujar Teresa masyarakat bukan Melayu di Malaysia tidak pernah mempertikaikan hak Melayu dan Bumiputera, namun menuntut perubahan politik akibat kegagalan UMNO mentadbir negara serta membantu termasuk warga Melayu itu sendiri.
“Ketakutan UMNO kehilangan kuasa penyebab utama wujudnya Perkasa.
“Kegagalan UMNO menolak pandangan pelampau Perkasa dan pembiayaan kerajaan terhadap aktiviti mereka menunjukkan bahawa UMNO menyokong kuat pertubuhan itu.
“Masa akan menentukan segala pandangan mahupun pendirian Perkasa serta serangan agresif mereka akhirnya akan lebih menyakitkan UMNO,” ujar Teresa. – Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan