Roketkini.com
KUALA LUMPUR: Cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan semakan semula Belanjawan 2015 esok, dibuat tanpa perbincangan dan kelulusan kabinet.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, langkah itu menunjukkan tindakan Najib meminggirkan seluruh ahli parlimen BN dan Pakatan, seolah-olah perbahasan Belanjawan 2015 sebelum ini hanya membuang masa, tenaga dan usaha.
“Semakan semula Belanjawan 2015 setelah Dewan Rakyat bersetuju bahawa belanjawan asal pada 25 November 2014, bukanlah kebiasaan dan tidak wajar sama sekali.
“Belanjawan asal itu telah diperdebatkan lebih sebulan melalui proses perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa oleh ahli-ahli parlimen.
“Sekarang Najib bercadang mengumumkan semakan semula Belanjawan 2015 esok hari, sewaktu ia belum lagi mendapat kelulusan atau kebenaran Kabinet.
“Ini menunjukkan Perdana Menteri mempunyai sifat buruk, bahkan menghina bukan saja pandangan ahli-ahli parlimen BN, juga menteri-menterinya,” kata Kit Siang dalam kenyataannya hari ini.
Ujarnya, seharusnya dialog semakan semula belanjawan dilakukan, seperti juga dialog sebelum penggubalan belanjawan yang dibuat setiap tahun untuk mendengar pandangan rakyat bagaimana kerajaan bertindak terhadap krisis ekonomi terkini.
Kebergantungan Najib kepada penasihat antarabangsa yang dibayar tinggi menyebabkan kedudukan ekonomi Malaysia memburuk, berikutan nasihat yang tidak sesuai dan dasar yang tidak tepat.
Justeru itu, Kit Siang mencadangkan sidang khas Parlimen pada 26 dan 27 Januari ini bagi membincangkan semakan semula Belanjawan 2015. Namun,
“Berbanding bapanya Tun Razak yang mencipta nama melalui pendekatan ‘buku merah’nya dan lawatan termasuk ke pedalaman bagi meningkatkan kemajuan, Najib semakin ‘tidak prihatin’ setelah lima tahun menjadi Perdana Menteri.
“Lebih tiga bulan Najib tidak mempedulikan cadangan termasuk dari DAP untuk menyemak semula Belanjawan 2015 akibat perubahan ekonomi dunia, lebih-lebih lagi ketika penurunan harga minyak mentah dan komoditi lain.
“(Sebaliknya) Najib mengumumkan penstrukturan semula Belanjawan 2015, secara bersendirian yang sama sekali ‘menghina’ Parlimen dan Kabinet,” ujar Kit Siang. – Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan