"Jika kita dapat membuktikan daripada mana datangya tayar berkenaan, pemiliknya akan dikenakan denda sebanyak RM300 atas kesalahan di bawah Perkara 19, Peraturan Lalu Lintas 1959 kerana membawa muatan berlebihan hingga jatuh daripada kenderaan," katanya kepada pemberita di Bukit Aman pada Jumaat.
Mengulas mengenai kemalangan bas persiaran tersebut, Mahamad berkata pemandu bas tersebut mempunyai tiga saman tertunggak dan satu waran tangkap yang dikeluarkan atas salah satu kesalahan yang dilakukannya.
"Berdasarkan rekod kami, saman yang tertunggak yang dihadapinya adalah atas kesalahan menghalang laluan trafik dengan motosikal, menggunakan telefon bimbit ketika memandu serta memandu melebihi had laju
"Waran tangkap yang dikeluarkan atas kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu," katanya.
Pada Khamis, sebuah bas persiaran terlibat dengan kemalangan maut di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) hingga mengorbankan lapan nyawa.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila bas persiaran itu yang membawa 30 penumpang dari Kuala Kurau dan Parit Buntar, Perak ke Genting Highlands, cuba mengelak sebuah tayar lori di tengah jalan sebelum terbabas ke dalam parit lalu terbakar di Kilometer 326.3 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Plaza Tol Tapah kira-kira 1.15 pagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan