Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengelak untuk menerima
cadangan berdebat dengan peguam Eric Paulsen ekoran kenyataan beliau
yang mendakwa pihak berkuasa agama itu "mempromosikan ekstremisme".
Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata cadangan berdebat yang turut dipersetujui oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Ahmad Shabery Cheek, "bukan soal isu, bukan soal pokok".
"Kes Eric ni sedang dalam siasatan polis, soal debat ini bukan soal isu, bukan soal pokok.
"Selesai dulu kes dia ini di mahkamah," katanya melalui kiriman Whatapps yang dimajukan oleh pegawai perhubungan awam Jakim kepada Malaysiakini semalam.
Ahmad Shabery semalam turut bersetuju mengenai saranan agar satu debat terbuka diadakan antara Jakim dan Paulsen sebagai memberi peluang kepada peguam itu menjelaskan maksud kenyataannya yang mendakwa Jakim mempromosikan ektremisme.
Sementara pengamal undang-undang itu pula turut mengalu-alukan cadangan menteri itu dan menerima jemputan debat dalam satu kenyataan ringkasnya di Twitternya semalam.
Mengulas persetujuan Eric untuk berdebat, Othman pula membidas pengarah eksekutif NGO Lawyer For Liberty (LFL) supaya "tidak mencari helah" daripada siasatan polis.
"Jangan dia cari helah untuk mengelakkan daripada siasatan ini dengan mengalihkan kepada mempertahankan diri melalui debat pula.
“Selesai dulu di mahkamah," katanya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan