MALAYSIAKINI
LAPORAN LANGSUNG
3.00pm: Shafee berkata Saiful tidak bersubahat kerana pemuda itu adalah mangsa jenayah seks.
“DNA Anwar ditemui di beberapa bahan bukti, maka terdapat sokongan,” katanya.
Shafee menamatkan penghujahannya dan berkata rayuan balas akan dijalankan kemudian jika Anwar mendapati Anwar bersalah.
Gopal memohon agar persidangan mahkamah ditangguhkan ke hari lain, dan mencadangkan hari Khamis.
Hakim bersetuju persidangan ditangguhkan dan bersambung hari Khamis.
2.50pm: Shafee berkata Karpal mahu mendapatkan salinan
kenyataan beramaran Saiful permohonan itu tidak bermakna Anwar memohon
untuk mencabar saksi utama tersebut.
"Gerak hati sahaja tidak memadai. Jelas sekali permohonan Karpal bukan
untuk mencabar Saiful tetapi untuk mendapatkan kenyataan beramaran
Saiful,” katanya.
2.40pm: Shafee seterusnya berkata, seluar dalam Saiful berwarna kelabu menyokong hujah tersebut.
Katanya, tiada siapa yang peduli tentang Saiful ketika bekas pembantu
Anwar itu bertemu dengan pegawai kanan polis, Mohd Rodwan Mohd Yusof
sehinggalah selepas kejadian itu berlaku.
"Ini boleh menjelaskan mengapa Saiful ahanya membuat laporan polis dua
hari selepas kejadian itu kerana tiada siapa yang mengambil berat
tentang masalah Saiful,” katanya.
2.35pm: Shafee merujuk kepada gambar yang menunjukkan Saiful berada di majlis jamuan teh Anwar.
Ketua pembelaan, Gopal Sri Ram dalam hujah sebelum ini mengemukakan
bahawa kamera tidak menipu, dan ia menujukkan perilaku Saiful.
Shafee berkata gambar tersebut tidak boleh dikemuka sebagai bukti dan jurugambar tersebut perlu dipanggil.
"Ini bukan bukti dokumentari dan peraturan terguna pakai. Ini bukan dokumentari dengar cakap,” katanya.
Shafee berkata Gopal mendakwa Saiful kelihatan normal, namun beliau berpendapat pengadu kelihatan susah hati.
“Maka perkara ini sangat subjektif,” katanya.
1.20pm: Seramai 50 penyokong Saiful berhimpun di luar Istana Kehakiman dengan membawa kaid rentang dan poster.
Antaranya, Salahuddin Abdullah, 22, dari Sepang yang memberitahu
Malaysiakini bahawa beliau berpendapat, Anwar mencemarkan agama Islam.
"Kita mesti lawan orang yang mencemarkan Islam,” katanya.
Sementara itu, seramai 20 orang penyokong Anwar yang berhimpun dekat
sekatan polis menimbulkan sedikit kekecohan apabila mereka meminta
dibenarkan melepas sekatan.
Kumpulan itu diketuai ketua PKR cabang Kuala Selangor, S Manikavasagam.
1.09pm: Hakim Ariffin mengumumkan mahkamah berhenti rehat dan persidangan akan diteruskan semula pada jam 2.20pm.
12.50pm: Shafee menekankan bahawa kenyataan Anwar
daripada kandang tertuduh tidak bernilai kerana tertuduh mengemukakan
alasan yang tidak boleh dipertahankan.
Beliau berkata data yang disediakan oleh pendakwaan adalah berdasarkan data daripada analisis ahli kimia.
Peguam yang dilantik kerajaan itu berkata, ia disalin bulat-bulat daripada sumber.
12.40pm: Shafee seterusnya berhenti daripada mengemukakan hujah berdasarkan artikel bahasa Thai.
12.30pm: Shafee mengemukakan hujah bahawa sampel daripada dubur akan tahan lebih lama daripada kawasan peri-anal.
Katanya, ada rekod menunjukkan sampel boleh tahan sehingga 65 jam di kawasan dubur.
"Dalam kes Anwar, sampel berkenaan diambil selepas 56 jam," katanya.
Shafee seterusnya mengemukakan satu tulisan dalam bahasan Thai, dengan
rumusan dalam bahasa Inggeris, yang dibantah oleh Ram Karpal.
"Artikel ini sudahpun diteliti oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan,
kita tidak boleh membenarkan satu tulisan dalam bahasa Thai di
mahkamah.
"Jika tidak, kita boleh sahaja mengambil satu tulisan dalam bahasa Sepanyol, kata peguam itu.
Hakim Arifin merekodkan bantahan berkenaan.
Shafee seterusnya mengemukakan hujah berdasarkan atikel Thai itu namun
disekat oleh Hakim Suriyadi kerana beliau tidak dapat menafsir kandungan
artikel berkenaan, walau ia berkaitan dengan kesalahan seksual.
"Kita tidak tahu sekiranya ia dilakukan ke atas seekor ayam," kata hakim tersebut.
Shafee bagaimanapun menegaskan bahawa ia bukan ke atas seekor ayam.
Hakim Suriyadi seterusnya berkata: "Kita tidak tahu sekiranya ia
mengenai KFC", yang menyebabkan galeri mahkamah gamat seketika dengan
gelak ketawa.
12.07pm: Dalam hujahan mengenai seluar dalam Saiful, yang digunakan
semasa pengadu pergi ke HKL, Shafee berkenaan bukti berkenaan bukanlah
perkara yang mustahil.
Kesan mani didakwa milik Anwar ditemui di seluar dalam terbabit.
Katanya, perkara itu dipersoalkan oleh pembelaan, dan seterusnya
menjelaskan bahawa ia mungkin berlaku kesan daripada Dr Osman yang
memasukkan protoskop untuk memeriksa dubur Saiful.
Katanya, ia mungkin cairan yang diambil daripada Saiful oleh doktor HKL, kata pendakwa itu lagi.
11.50am: Beliau
seterusnya membincangkan mengenai gambar yang diambil daripada lokap
Anwar, yang menunjukkan ubat gigi, berus gigi dan juga tuala yang sudah
digunakan.
Katanya, rumusan boleh dibuat bahawa Anwar membuka bungkusan barangan berkenaan, yang diserahkan kepada polis.
Shafee berkata allele 18 yang ditemui di kawasan peri-anal mungkin berasal daripada Dr Osman.
"Allele
18 hanya muncul sekali dan apa yang PW6 katanya bahawa ia adalah
permulaan. Permulaan adalah bacaan yang salah,” katanya.
11.40am: Dalam
hujahnya mengenai allele 18, Shafee berkata Saiful periksa oleh Dr Mohd
Osman Abdul Hamid dan tiada bukti bahawa protoskop yang digunuakan itu
telah disteril.
"Tiada bukti sama ada Dr Osman memakai sarung tangan memandangkan beliau memeriksa keseluruhan dubur Saiful.
“Ada kemungkinan bahawa DNA Osman tertinggal pada Saiful,” katanya.
Shafee berkata ini mungkin menjelaskan menenai pencemaran sampel.
11.32am: Keterangan McDonald ditolak sejak 2007 dan juga dalam dua kes pada 2014, kata Shafee.
Katanya, McDonald akan memberi keterangan mengenai apa saja “di muka bumi”.
11.22am: Shafee berkata kaedah digunakan Malaysia setanding dengan Singapura daalam soal ujian DNA.
Katanya, McDonald tidak boleh dipercayai kerana mahkamah Australia juga tidak menerima keterangannya.
"Beliau ditolak oleh banyak mahkamah di Australia dan Brunei,” kata Shafee.
11.15am: Shafee membacakan keterangan saksi Dr Brian McDonald bahawa sampel yang ditemui dari dubur Saiful adalah segar.
Katanya, bukan hanya Mahkamah Rayuan, malah pihak Australia juga menyifatkan McDonald sebagai seorang yang bukan pakar.
10.42am: Shafee berkata ekor sperma mungkin akan cair, namin kepalanya tetap utuh.
Ahli kimia berjaya mendapatkan bacaaan daripada kepala sperma dan bacaannya sempurna, katanya.
Shafee
dilihat cuba mempertikaikan hujahan Ram Karpal bahawa sampel mesti
dalam keadaan segar untuk membolehkannya dalam keadaan tulen.
Hakim Arifin mengarahkan mahkamah berhenti rehat sehingga jam 11 pagi.
10.25am: Shafee mengemukakan hujahan balas mengenai kemerosotan mutu bahan bukti yang dikemukakan.
Katanya, sekiranya bacaan tersebut dapat diperolehi maka ia tidak sepatutnya dipersoalkan.
Pendakwaan
seterusnya menambah (ahli kimia) Seah tidak menyatakan bahawa sampel
berkenaan dalam keadaan tulen namun bacaannya sempurna.
Katanya, Mahkamah Rayuan juga menangani isu sampel dan ini tidak dipertikaikan.
Beliau memetik kes pembunuhan di Australia, R vs Butler di mana sampel DNA diambil daripada tuala yang ditanaam selama 13 tahun.
"DNA
ditemui di tuala di mana mani ditemui. Bacaannya dianggap sepadan dan
tertuduh disabitkan dengan kesalahan membunuh,” katanya.
Shafee
seterusnya memetik sumber artikel di Internet, namun Hakim Arifin
mempersoalkan bagaimana mahkamah dapat menilai artikel di Internet.
“Dalam kes saya, bacaannya sempurna”.
10.20am: Turut hadir di galeri awam ialah naib presiden PKR, Rafizi Ramli dan ADUN PAS Hulu Kelang, Saari Sungib.
Shafee
berkata Mahkamah Rayuan menyabitkan Anwar dan sekiranya ketua
pembangkang itu berkata sampel mani itu bukan kepunyaannya, maka dia
perlu membuat ujian DNA sendiri untuk membuktikan sebaliknya.
10.15am: Dengan
mengaitkan contoh kes warga India terbabit, Shafee mengemukakan hujah
bahawa kes Anwar bukanlah kes pertama yang didakwa melibatkan
konspirasi.
"Bagaimana
kita menjelaskan sampel mani Anwar ditemui (di dubur Saiful). Tuduhan
yang luas berhubung konspirasi mestilah boleh dipercayai dan logik, dan
mahkamah harus menilai perkara ini.
"Pembelaan tidak menjelaskan bahawa mani Anwar berada di situ,” kata pendakwa yang dilantik kerajaan itu.
10.05am: Shafee
mengemukakan hujah bahawa Anwar mendakwa kes liwat tersebut merupakan
fitnah paling besar ke atasnya, namun Anwar tidak menafikan kehadirannya
di kondominium tersebut.
Shafee seterusnya menunjukkan rakaman kehadiran Anwar dan Saiful daripada kamera litar tertutup.
"Ini menjadi tanggungjawab Anwar untuk mempertikaikannya (kehadiran di unit kondo).
Memandangkan pembelaan tidak mengemukakan bukti alibi, Shafee berkata ini akan memberi natijah buruk ke atas tertuduh.
10am: Shafee
berkata, berdasarkan kes ahli politik di negara India itu, keterangan
yang menyokong perlu dibuat ke atas Anwar apabila ketua pembangkang itu
gagal memanggil saksi alibi beliau.
"Kami (pendakwaan) membuktikan kehadiran Anwar di unit (kondominium) tersebut,” katanya.
Hakim
Suriyadi menyoal sama ada tertuduh memberi keterangan dari kandang
tertuduh atau sebaliknya dalam kes warga India tersebut.
Shafee berkata ahli politik India tersebut memilih untuk berdiam diri.
Pendakwaan
seterusnya mengemukakan dua gambar yang menunjukkan Anwar dan Saiful di
unit kondominium tersebut ketika kejadian liwat didakwa berlaku.
9.36am: Shafee
selanjutnya memetik pelbagai kes undang-undang di mana "adverse
inference" boleh dibuat terhadap Anwar kerana tidak memanggil
saksi-saksi pembelaan.
Dia
memetik keputusan Mahkamah Agung India berhubung kes seorang ahli
politik yang membunuh isterinya menyimpan rahsia rumah tangga mereka dan
cuba untuk membuang mayat itu dengan membakarnya dalam "tandu".
Ahli
politik itu, kata Shafee, memberikan senarai saksi alibi tetapi tiada
seorang pun saksi dipanggil untuk membuktikan alibi itu.
Tetapi, katanya, terdapat bukti untuk membuktikan kehadiran ahli politik itu ketika mayat itu dibakar di restoran miliknya.
Shafee berkata, kegagalan untuk memanggil saksi-saksi alibi dianggap sebagai bukti sokongan (corroborative evidence) bebas.
9.30am:Shafee membaca transkrip mahkamah.
Beliau berkata Karpal ketika itu berkata notis alibi telah diberikan.
Shafee berkata, itu tidak kekal kerana tiada seorang pun daripada mereka dipanggil.
Beliau
memetik satu kes undang-undang di mana "adverse inference" boleh
digunakan berikutan kegagalan pihK pembelaan untuk memanggil saksi alibi
itu.
9.22am: Mahkamah mula bersidang dengan dipengerusikan oleh Hakim Arifin.
Shafee menyambung hujahnya mengenai alibi Anwar.
Katanya, 13 saksi dinamakan termasuk Wan Azizah dan pemilik kondominium Hasanuddin.
9.18am: Seorang
wartawan asing bertanya kepada Anwar sama ada beliau memakai sut Brioni
(pihak pendakwa sebelum itu berkata Anwar memberi Saiful sut Brioni
Itali).
Anwar, yang memakai jaket biru gelap, ketawa dan berkata sut beliau murah saja.
Turut kelihatan di dewan mahkamah ialah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Ronnie Liu.
8.57am: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memasuki dewan mahkamah.
Balu mendiang Karpal - Gurmit Kaur - duduk di sebelah Wan Azizah sementara Anwar dilihat berbincang dengan Azmin.
8.50am:
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di mahkamah bersama
isterinya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Bersama mereka ialah peguambela Gobind Singh Deo.
Turut kelihatan ialah balu mendiang Karpal Singh - Gurmit Kaur - dan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.
Beberapa pemerhati dari kedutaan Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jerman juga hadir.
8.30am: Kira-kira 200 penyokong Anwar berkumpul di luar Istana Kehakiman di Putrajaya di mana kes rayuan Liwat II akan didengar.
Sudah berada di mahkamah ialah peguam Tan Sri Gopal Sri Ram,
Sangeet Kaur Deo, N Surendran, R Sivarasa, Latheefa Koya dan Eric Paulsen.
Di pihak pendakwa pula, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hanafiah Zakaria sedang bersiap bersedia.
MP PKR Wangsa Maju, Dr Tan Kee Kwong memasuki dewan mahkamah.
[Berita lanjut menyusul
Dengan
pendakwa yang dilantik oleh kerajaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
dijangka menyelesaikan penghujahannya hari ini dan pasukan peguambela
Datuk Seri Anwar Ibrahim pula membuat hujah balas, persoalan terbesar
ialah sama ada Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusannya hari ini.
Rayuan
Anwar untuk mengenepikan sabitan dalam kes Liwat 11 dan hukuman penjara
ke atasnya memasuki hari keenam yang mendengar penghujahan oleh pihak
pendakwa dan pembelaan.
Anwar
semalam memuji lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin
Zakaria yang sabar dan memberi penuh perhatian mendengar semua hujah
yang dikemukakan oleh peguamnya.
Pasukan peguambela Anwar yang diketuai oleh bekas Hakim
Mahkamah
Persekutuan Tan Sri Gopal Sri Ram (kanan), telah menimbulkan pelbagai
isu yang mempersoalkan kredibiliti Mohd Saiful Bukhari Azlan yang
mendakwa menjadi mangsa dakwaan liwat itu.
Peguam
N Surendran berhujah bahawa kes itu adalah satu konspirasi politik,
manakala Ram Karpal Singh pula membangkitkan isu berkaitan dengan
keputusan DNA.
Peguam
Sangeet Kaur Deo pula mempersoalkan cara sampel diambil dari lokap dan
mempersoalkan kesahan penangkapan Anwar pada 16 Julai 2008.
Shafee
pula mempertahankan kredibiliti Saiful sebagai saksi dan meminta
mahkamah menerima bahawa dakwaan insiden liwat di Desa Damansara
bukanlah yang pertama dan satu-satunya di antara Anwar dan Saiful.
Beliau
juga memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa walaupun jika penangkapan
Anwar menyalahi undang-undang dan cara polis mengambil sampel Anwar dari
lokap adalah melalui "tipu daya", namun katanya, bukti DNA itu masih
boleh diterima, dengan memetik satu kes undang-undang Singapura yang
diterima di Singapura, Malaysia dan Komanwel.
Shafee (kiri) dijangka menyambung hujahnya tentang isu DNA hari
ini, dan selepas itu pasukan pembelaan akan membalas hujah berhubung perkara yang dibangkitkan oleh pihak pendakwa.
Oleh
itu, persoalan terbesar ialah sama ada panel yang diketuai Hakim Arifin
akan mengumumkan keputusannya dengan segera, atau mengumumkannya pada
hari yang lain.
Malaysiakini membuat laporan langsung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan