MALAYSIAKINI
Naib presiden PKR, Tian Chua berikrar untuk mengadakan perhimpunan
besar-besaran sekiranya ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
disabitkan dengan tuduhan Liwat II.
Dalam ucapannnya kepada 500 orang penyokong di luar Istana Kehakiman
hari ini, Tian Chua berkata para peserta berkenaan akan digembleng untuk
hadir di Kuala Lumpur pada hujung minggu ini.
"Kita akan berhimpun di Dataran Merdeka pada hujung minggu ini sekiranya Anwar dikenakan hukuman.
"Ia akan menjadi kebangkitan rakyat dan gelombang baru untuk mempertahankan ketua pembangkang,” katanya.
Ucapannya itu disambut dengan laungan slogan “reformasi” oleh para penyokong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan