KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan memandang serius tuduhan yang sangat tidak berasas yang dilemparkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dilaporkan mendakwa PAS sebuah parti politik yang membawa ajaran sesat.
"Kami amat berharap agar laporan seumpama itu tidak benar memandangkan ianya satu tuduhan yang sangat serius dari sudut agama dan perundangan negara," tegas ketuanya, Ustaz Azhar Yahya kepada Harakahdaily.
Beliau memetik sabda Rasulullah s.a.w:
ومن دعا رجُلًا بالكفرِ أو قالَ :عدو اللَّهِ ، وليسَ كذلِك . إلَّا حارَ عليه
الراوي: أبو ذر الغفاري المحدث: مسلم - المصدر: صحيح مسلم - الصفحة أو الرقم: 61
خلاصة حكم المحدث: صحيح
"Barangsiapa yang memanggil (menuduh) seseorang dengan kufur atau dengan gelaran musuh Allah, sedangkan ianya bukanlah seperti yang dituduh maka tuduhan itu akan kembali kepadanya." – Hadis Riwayat Muslim
Beliau menjelaskan, hadis tersebut menjelaskan tentang bahayanya menuduh seseorang dengan tuduhan yang berat khususnya yang berkaitan dengan kesesatan akidah seseorang tanpa bukti apatah lagi dengan niat yang jahat.
"Sekiranya laporan tersebut adalah benar - nauzubillah min zaalik - maka saya selaku Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan mencabar Ku Nan untuk berdebat tanpa sebarang syarat diletakkan oleh pihak kami," tegasnya lagi. - HARAKAHDAILY
1 ulasan:
Mana Tuang Presidung?Patut dialah cabar dan berdebat bukan pengikut aje.Kan denan Mansur tu menteri dan ketua penerangan Umnob!
Catat Ulasan