MALAYSIAKINI
PAS memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Setiausaha
Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dilapor mendakwa PAS
sebagai sebuah parti yang membawa ajaran sesat.
Keputusan tersebut disahkan oleh Pengerusi Biro Undang-undang PAS Hanipa Maidin yang juga anggota parlimen Sepang hari ini.
Beliau
berkata satu surat tuntutan akan dihantar kepada Tengku Adnan minggu
ini atau minggu depan, menuntut menteri Wilayah persekutuan itu memohon
maaf atas kenyataan yang dibuat.
"Kami akan memberi masa selama 48 jam kepada beliau untuk menarik balik
(kenyataan itu) dan memeohon maaf. Saya lihat ucapannya secara
terperinci dan beliau sememangnya telah melemparkan tuduhan terhadap
kamu," katanya.
Tengku Adnan dilapor membuat dakwaan itu ketika menyampaikan ucapan
penutup Multaqa Kebangsaan, Biro Agama Umno di ibu negara, kelmarin dan
mendakwa Umno merupakan parti Melayu yang dapat memastikan akidah umat
Islam di Malaysia tetap terpelihara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan