MALAYSIAKINI
Ahli politik daripada BN dan Pakatan Rakyat sama-sama hadir ke
perhimpunan menyokong perjuangan masyarakat India untuk menyelamatkan
bangunan tua Vivekananda Ashram daripada menjadi korban pembangunan.
Acara
depan bangunan 110 tahun itu dihadiri Naib Presiden MIC Datuk M
Saravanan, pemimpin mudanya serta pemimpin-pemimpin Pakatan.
Ia dihadiri kira-kira 300 orang, termasuk sebahagian yang berarak
sepanjang jalan-jalan di Brickfields untuk menarik sokongan lebih ramai.
Pemegang amanah tempat itu mahu membangunkan bangunan 23 tingkat di belakangnya.
Idea itu ditentang pemimpin-pemimpin masyarakat India melalui pembentukan sebuah jawatankuasa untuk menyelamatkannya.
Di pihak Pakatan, anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil antara yang hadir.
Nurul tolak hutan batu
Nurul Izzah menggelar bangunan itu sebagai “jiwa” terakhir Brickfields.
“Kita tidak mahu Brickfields menjadi sebuah lagi hutan batu,” katanya.
Bernama pada 5 November lalu melaporkan Timbalan Presiden MIC
Datuk Seri Dr S Subramaniam sebagai meminta Lembaga Vivekananda Ashram
tidak meneruskan rancangan membina apartmen di tapak itu.
Beliau
dilapor berkata lembaga itu perlu menghormati masyarakat India dan
sejarah yang terlindung di sebalik bangunan ashram itu.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz (kiri) baru-baru mengemukakan tawaran kepada Lembaga Vivekananda Ashram untuk mewartakannya sebagai tapak warisan negara.
Tawaran sama dilapor pernah dibuat pada 13 Nov 2008, namun ditolak lembaga itu.
Bagi kaum India, Swami Vivekananda Ashram adalah bukti wujudnya
kehadiran kaum India di negara ini malah sekolah pertama dibina oleh
Ashram pada 1914 menunjukkan kaum India lama menetap di negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan