SELANGOR KINI
SHAH ALAM: Hari ini genap empat bulan pesawat MAS MH17 ditembak jatuh yang mengorbankan 298 penumpang pada 17 Julai lepas.
Sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjwab ketika mana sekutu negara Barat menuduh Rusia dan pejuang pemisah menembak jatuh MH17 menggunakan senjata MK-BUK.
Bukti itu menunjukkan imej satelit peluru berpandu dari jet pejuang disasarkan ke arah pesawat MH17 ini disiarkan stesen televisyen Rusia.
Stesen televisyen Channel One Rusia mendakwa gambar itu diambil daripada satelit Amerika Syarikat atau British.
Sementara itu, satu video baru mengenai suasana dramatik sebaik sahaja pesawat MH17 ditembak jatuh dimuat naik ke YouTube.
Mereka juga kelihatan berlari ke arah lokasi cebisan pesawat yang mengorbankan 298 penumpang termasuk anak kapal.
Kelihatan asap hitam di awan seperti yang tertera dalam video sebelum ini.
Pada Ahad, kerja-kerja mengalihkan bangkai pesawat MH17 dari wilayah pemberontak di timur Ukraine dimulakan selepas empat bulan berlalu.EZY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan