SHAH ALAM - Sebuah syarikat penyimpanan rekod didenda RM12,000 Mahkamah
Majistert Shah Alam hari ini selepas mengaku bersalah terhadap 12
pertuduhan gagal melaksanakan gaji minimum kepada empat pekerjanya, Ogos
lalu.
Keputusan itu dibuat Majistret Norshakinah Ahmad Kamaruddin terhadap Regalia Records Management Sdn Bhd.
Mahkamah juga memerintahkan penjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Syarikat itu yang diwakili Pengurus Besar Sumber Manusia mengaku bersalah gagal membayar gaji minimum yang ditetapkan iaitu RM900 pada April, Mei dan Jun lalu kepada empat pekerja warga asingnya.
Kesalahan itu dilakukan di No 6, Jalan Astaka U8/84, Bukit Jelutong Business And Technology Centre, Shah Alam dekat sini pada 13 Ogos lalu.
Pendakwaan di buat mengikut Seksyen 43 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732).
Pegawai Pendakwa Jabatan Buruh Selangor Siti Nur Alifah Hairudin bertindak mewakili pendakwaan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan