Rabu, 12 Mac 2014

Wan Azizah Cetus Emosi 1998 Di Kajang - Rafizi

Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK



Mohd Rafizi Ramli.


 
KAJANG: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diyakini mampu mencetuskan kembali 'semangat 1998' dalam usaha meraih simpati rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, 23 Mac depan.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli berkata, pemilihan Wan Azizah sebagai calon adalah bertepatan khususnya dalam dalam membangkitkan emosi rakyat.

"Apabila calon di Kajang kita gantikan dengan Datuk Seri Wan Azizah, ia sebagai langkah mengembalikan sentimen emosi 1998," katanya ketika ditemui di sini, Rabu.

Ditanya sama ada matlamat Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya sudah berubah selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bertanding, Mohd Rafizi bagaimanapun menolak kenyataan itu.

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, menerusi 'gerakan Kajang' yang dirancang PKR, pakatan pembangkang masih mensasarkan untuk menawan Putrajaya walaupun DUN Kajang tidak ditandingi Anwar.

"Kita sedar Datuk Seri Anwar terkenal dengan kebolehan pentadbiran dan kemantapan penyampaian...jadi walaupun beliau tidak bertanding, kehadiran isterinya boleh menceritikan mengenai kepincangan kerajaan hari ini," katanya.

Tegas Mohd Rafizi, pemilihan Wan Azizah tidak menurunkan graf sokongan rakyat terhadap PKR walaupun kerusi DUN Kajang sepatutnya ditandingi Anwar.

"Secara keseluruhan kesan sokongan tetap sama. Kita tetap mensasarkan Putrajaya walaupun calonnya ialah Datuk Seri Wan Azizah," katanya.

Tiada ulasan: