Selasa, 11 Mac 2014
Wakil rakyat BN serang pembangkang ketika mereka boikot sidang
Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Reezal Meerican Naina Merican (gambar) menyelar mengenai kenyataan status Twitter bekas menteri besar Perak Tan Sri Nizar Jamaluddin yang menyatakan bahawa adanya segi tiga bermuda baru di perairan Vietnam.
"Tapi dalam tragedi pesawat timbul sesetengah pemimpin pembangkang iaitu wakil Shah Alam menggunakan soal nasional untuk menjadi komedi politik," katanya di sidang Dewan Rakyat hari ini.
Katanya cara pemimpin pembangkang tersebut seolah-olah mempersoalkan ketentuan dan takdir Ilahi.
Kenyataan itu disokong oleh ahli Parlimen Tanah Merah Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz dengan berkata kebanyakan pemimpin pembangkang sentiasa membangkitkan perkara sensitif.
Beliau merujuk kepada dakwaan fitnah ahli Parlimen Batu Tian Chua mengenai pencerobohan Lahad Datu dan video sambutan Tahun Baru Cina ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.
"Kenapa dengan segala laporan yang dilakukan namun masih tiada tindakan yang diambil?" soalnya.
Manakala ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad (gambar) berkata, perbuatan memboikot Parlimen kerana membantah keputusan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sangat tidak boleh diterima.
"Kita berdepan dengan keadaan jelas di mana kalau kalah dalam bentuk apa pun maksudnya adalah kalah. Ini bila nak jadi menteri besar sanggup kosongkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Kalau ikut nafsu yang betul ialah semangat kita untuk mempunyai wakil rakyat terbaik untuk mempunyai institusi yang bagus. Ini tidak, selalu menyimpang dari Kajang move langsung terus ke Kajang Shuffle," katanya.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek mengulas mengenai kenyataan sensitif insiden penerbangan pesawat MH370 termasuk ahli keluarga penumpang.
"Beliau berkata semua pihak perlu memahami bahawa tragedi pesawat MH370 adalah diluar kebiasaan dan kerana itu rakyat diseru untuk bersatu menghadapi situasi begini," katanya.
Menteri itu juga berkata untuk menunding jari sesama sendiri mengalahkan dan menyebabkan cerita yang tidak sahih tidak sepatutnya berlaku pada ketika ini.
"Ini bukan masa untuk kita bertindak menunding jari mana-mana pihak ini masa untuk kita bersatu dan memahami kesukaran ahli keluarga penumpang," katanya pada media.
Semalam Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah merasmikan pembukaan mesyuarat pertama penggal kedua Majlis Parlimen ke-13 menzahirkan simpati terhadap insiden yang berlaku pada pesawat MH370 yang hiang sejak dari tiga hari lalu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan