KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR : Nombor talian yang digunakan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab, dipercayai bagi menimbulkan kecelaruan terhadap jentera Pakatan Rakyat sempena Pilihan Raya Kecil Kajang.
Menurut makluman dari pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, identiti pihak berkenaan masih belum diketahui.
“Talian beliau telah digunakan oleh penggodam untuk menghantar SMS yang tidak diketahui kandungannya.
“Kami percaya, perbuatan ini dilakukan untuk mewujudkan kecelaruan di dalam barisan jentera parti-parti pembangkang,” tulis kenyataan itu.
Ekoran itu, mereka meminta siasatan pantas dibuat ke atas pihak yang terlibat.
“Kami berharap tindakan segera dan tegas sedang diambil syarikat telekomunikasi khususnya Maxis atas perbuatan khianat ini,” kata kenyataan itu.
Seorang lagi Naib Presiden parti yang berhadapan tindakan serupa adalah Tian Chua.
“Ramai terima SMS kononnya amaran dari saya yang dakwa PAS sabotaj PRK Kajang, nombor hand phone saya kena hack (godam) atau klon dan edarkan SMS atas nama saya,” tulis Ahli Parlimen Batu itu di twitter petang ini.
“Waspada, ada SMS kononnya arahan daripada saya yang cuba menanam syak-wasangka antara jentera KEADILAN dan PAS – ini ta
Tiada ulasan:
Catat Ulasan