Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Bin Razak, 28, berkata, dia
berasa rimas dengan suasana hospital dan membuatkan dirinya rasa lebih
sakit dan keadaan itu membuatkannya meminta kebenaran untuk pulang ke
rumahnya pada pagi Selasa.
"Bukan main susah lagi apabila kena tahan di wad akibat denggi.
Sejak ditahan, saya minum air dengan banyak supaya dapat sembuh dengan
cepat.
"Mujurlah platlet darah saya naik dan doktor memberi kebenaran untuk saya keluar hospital atas jaminan sendiri.
"Dan saya akan menjalani rawatan setiap hari sehingga demam denggi saya benar-benar sembuh," katanya kepada mStar Online.
Tambah Ajak, sebelum ditahan wad, dia sempat melawat seorang
kanak-kanak yang merupakan peminatnya di sebuah hospital di Negeri
Sembilan.
"Sebenarnya doktor mengesahkan saya terkena penyakit denggi pada
Sabtu lepas di KL (Kuala Lumpur). Kemudian saya mengambil keputusan
untuk masuk ke hospital sekitar Kluang, senang untuk keluarga menjaga
saya.
"Tetapi sebelum itu saya ke Negeri Sembilan pada keesokan harinya
kerana mendapat tahu seorang kanak-kanak yang sangat meminati kumpulan
Shiro sakit teruk sejak sembilan tahun lalu.
"Tanpa ambil peduli sakit yang dilalui, saya gagahkan diri melawat
budak itu. Alhamdulillah, seronok apabila dapat membuatkan orang lain
terutamanya kanak-kanak gembira. Dan kemudian saya terus ke hospital
pada hari yang sama," ujarnya.
Selain Ajak, Shiro turut dianggotai oleh Shahrol.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan