KAJANG - Seramai 1,197 pengundi awal akan menunaikan tanggungjawab di tiga Pusat Daerah Mengundi (PDM) berasingan pada PRK Dun Kajang, hari ini.
Pusat undi yang dibuka bermula seawal jam 8 pagi tadi membabitkan dua daerah mengundi iaitu Taman Kota Cheras dan Taman Kajang.
Daripada jumlah itu, seramai 382 pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka di pusat mengundi awal di Dewan Sultan Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur.
Manakala 124 pengundi lagi akan membuang undi di pusat mengundi Makmal Forensik PDRM bagi daerah mengundi Taman Kota Cheras.
Bakinya seramai 691 pengundi pula akan membuang undi di pusat mengundi Rumah Perkep, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.
Sebanyak tiga saluran di setiap pusat mengundi dibuka hari ini proses pengundian awam akan tamat pada jam 5 petang nanti.
Ikuti perkembangan semasa proses pengundian ini:
9.20 pagi: Calon BN bagi PRK Dun Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun mula meninggalkan pusat mengundi awal di Dewan Sultan Ahmad Shah, Maktab PDRM KL dan menuju ke pusat mengundi seterusnya.
9.10 pagi: Proses pengundian awal di Dewan Sultan Ahmad Shah, Maktab PDRM, Kuala Lumpur hari ini melibatkan 382 pengundi yang akan menjalankan tanggunjawab mereka.
9.06 pagi: Kelihatan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun mula kelihatan mengunjungi pusat mengundi awal di Dewan Sultan Ahmad Shah, Maktab PDRM, Kuala Lumpur, hari ini.
9.05 pagi: Setakat ini seramai 32 orang pengundi yang terdiri daripada anggota polis telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi di Dewan Anjung Makmal Forensik Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur.
8.50 pagi: Ketika ini anggota dan pegawai polis kelihatan sedang berbaris di luar Dewan Sultan Ahmad Shah, Maktab PDRM sementara menunggu giliran untuk membuang undi.
8.48 pagi: Calon PKR,Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir ke makmal Forensik pula untuk melihat sendiri proses pengundian awal.
8.45 pagi - Wan Azizah meninggalkan pusat mengundi itu dan meneruskan kunjungan ke pusat mengundi Makmal Forensik PDRM, bersebelah lokasi pertama.
8:40: Hanya jurukamera dibenarkan masuk ke pusat pengundian.
8.30 - Calon PRK N25 Kajang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail kelihatan mengunjungi Pusat Daerah Mengundi yang terletak di Taman Kota Cheras itu.
8.01 pagi: Proses pengundian bermula.
8.00 pagi: Pusat Pengundian Awal bagi PRK Dun Kajang di Dewan Sultan Ahmad Shah dan Dewan Anjung Makmal Forensik Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur mula dibuka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan