SALMIYAH HARUN
KAJANG: Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib meminta pengundi Kajang memberi isyarat yang jelas kepada BN dengan meningkatkan lagi majoriti undi calon Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang 23 Mac ini.
Berucap pada pada program Pelancaran Jentera PAS PRK Kajang di Taman Jenaris malam tadi, bekas Naib Presiden Umno itu juga berkata, PRK Kajang adalah penting sebagai medan mengembalikan semula demokrasi yang sihat.
"Kalu boleh majoriti kali ini bair meletup. Biar calon BN hilang deposit.
"Saya minta pengundi Melayu, orang tua orang muda yang macam saya, untuk mengundi calon Pakatan Rakyat," katanya dalam nada berseloroh disambut gelak ketawa para hadirin.
Mengulas lanjut beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS berkata, sekatan dan halangan pelbagai bentuk terhadap Pakatan Rakyat menjadikan pertandingan tidak berlaku atas padang yang sama rata.
Keadaan itu sekaligus telah mewujudkan situasi demokrasi yang tidak sihat dalam negara ini.
"Dulu waktu saya dalam Umno, setiap hari muka saya dalam akhbar. Sekarang bila saya masuk PAS, sokong PKR dan DAP, baru saya tahu betapa azabnya. Disekat dengan apa cara pun.
"Janganlah disekat, ini bukan zaman 50an dahulu. Rayat sudah pandai, ada citarasa.
"Saya lama dalam Umno. Dahulu Umno bagus, tapi sekarang saya nampak Umno tak bagus lagi. Yang bagus-bagus dalam Umno pun dah sokong Pakatan Rakyat," jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan