ANTARAPOS.COM
KAJANG: Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN
Kajang, Chew Mei Fun berkata pergolakan dalam PKR Selangor memberi kesan
yang baik kepadanya dan MCA.
Beliau bagaimanapun enggan menggunakan isu itu untuk mraih undi
penduduk Kajang sebaliknya akan berkerja keras menyakinkan pengundi
sepanjang tempoh berkempan kelak.
"...mungkin, saya rasa pertelingkahan ini ada kesan baik untuk MCA (saya).
"...bila rakyat lihat mereka asyik bertelingkah, mungkin rakyat akan
rasa meluat, sekaligus ianya akan memberi kempen percuma untuk MCA di
PRK Dun Kajang nanti," katanya di petik Sinar Harian.
Umum mengetahui Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengalami krisis berpanjangan.
Kemelut itu bertambah buruk apabila Khalid dikatakan mendalangi
pengguguran Azmin sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan
Negeri Selangor (PKNS).
Khalid juga terus dituduh mendalangi pemecatan 22 kakitangan Perbadanan
Kemajuan negeri Selangor Sdn Bhd (PHSB) serta-merta, kerana dikatakan
kroni Azmin.
ADUN Perlabuhan Klang itu juga dituduh menyekat pelantikan semula 42
ahli majlis Pihak berkuasa Tempatan (PBT), juga dikatakan kroni Azmin.
Namun, Khalid menafikan semua tuduhan itu.
Belum pun bermula PRK DUN Kajang, Khalid mengumumkan akan mencabar Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden PKR, Mei depan.
Mengulas lanjut, Chew yang juga Naib Presiden MCA berkata PRK kali ini
adalah cabaran besar baginya kerana terpaksa berdepan dengan calon
Pakatan Rakyat dari PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata Chew mampu memberi cabaran kepada Anwar.
Kredibiliti dan pencapaian cemerlang Chew sebagai bekas ADUN Petaling Jaya Utara yang akan dinilai pengundi, kata Najib.
"Kami akan sokong dia, mendoakan untuknya dan lakukan yang terbaik.
Mungkin ini calon underdog kali ini tapi kita akan bekerja keras untuk
memastikan hasil yang sepatutnya," kata Najib dalam sidang media selepas
mempengerusikan Mesyuarat majlis Tertinggi Umno, Februari lalu.
PRK Dun Kajang akan diadakan pada 23 Mac ini manakala hari penamaan calon pula akan diadakan pada 11 Mac ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan