MALAYSIAKINI
Seorang penuntut ijazah kedoktoran (PhD)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bercadang menyaman blog
yang menyiarkan kenyataan bergambar menunjukkan beliau murtad dan
dibaptis di gereja.
Zaiton Ismail, 55, berkata tindakan itu terpaksa diambil demi menjaga reputasi dan nama baik keluarga yang terjejas teruk akibat dakwaan itu yang turut mengancam keselamatan keluarganya, lapor Berita Harian hari ini.
Ibu kepada 11 anak itu terkejut apabila dimaklumkan mengenai gambar beliau dan rakannya yang mengikuti program seminar di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) pada Febuari 2012 disiarkan dengan tajuk 'Melayu dimurtadkan dalam gereja'
"Sebenarnya kami mengikuti program anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama Kuliyyah Undang-Undang UIAM.
"Ia berkaitan dasar keluarga negara dan kami sebagai pelajar PhD dalam bidang kaunseling menghadiri program berkenaan.
"Namun, tidak sangka gambar itu dimanipulasi pihak tertentu yang diperhatikan seperti kami duduk dalam gereja.
"Tindakan itu mencetuskan gangguan psikologi, kebimbangan dan ancaman apabila terdapat maklum balas tindakan bunuh boleh diambil," katanya.
Laporan itu menyebut, Zaiton yang juga ahli NGO Ikram Malaysia berkata pihaknya sudah membuat laporan polis dan menyerahkan kepada peguam untuk mengambil tindakan lanjut.
"Saya berharap tindakan undang-undang yang tegas dapat diambil terhadap pemilik blog tidak bertanggungjawab itu demi keadilan dan pengajaran kepada orang ramai.
"Fitnah yang dilakukan amat serius kerana membabitkan isu akidah," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan