Jabatan Meteorologi menjalankan operasi pembenihan awan bagi menghasilkan hujan berikutan cuaca panas dan berjerebu di Selangor.
Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi, Muhammad Helmi Abdullah berkata, operasi pada Isnin adalah untuk menghasilkan hujan di kawasan tadahan air dan empangan.
Menurut beliau, pembenihan awam turut dirancang di beberapa tempat di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor tetapi tidak dapat dilakukan kerana kekurangan awan untuk dibenihkan.
“Kami menyasarkan awan hujan dekat empangan dan kawasan tadahan air.
“Walaupun
awan tidak berada betul-betul di atas kawasan tersebut, kami
menjangkakan angin akan membawa awan ke kawasan tersebut,” katanya
kepada The Star.
Muhammad Helmi berkata, operasi pada sebelah petang berjaya kerana ia menghasilkan hujan dibeberapa kawasan tetapi sehingga lewat Selasa belum dapat dipastikan sama ada hujan tersebut cukup untuk meningkatkan paras air di empangan.
Muhammad Helmi berkata, operasi pada sebelah petang berjaya kerana ia menghasilkan hujan dibeberapa kawasan tetapi sehingga lewat Selasa belum dapat dipastikan sama ada hujan tersebut cukup untuk meningkatkan paras air di empangan.
Jelasnya,
operasi yang diketuai Jabatan Sains Atmosfera dan Bahagian Pembenihan
Awan itu, menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
membawa 1,000 liter air dan 150kg garam untuk digunakan dalam misi
tersebut.
Katanya,
jabatan itu mengenalpasti keadaan yang sesuai untuk pembenihan awan
berdasarkan ramalan cuaca pada Ahad dan memaklumkan TUDM supaya bersiap
sedia.
Satu lagi misi pembenihan awan akan dilakukan pada Selasa sekiranya keadaan cuaca mengizinkan.
Menjelaskan
mengenai proses itu, beliau berkata, pembenihan awan merupakan salah
satu mendorong berlakunya hujan dan bukannya mencipta hujan tiruan.
“Larutan garam disembur di permukaan awan yang telah dikenalpasti. Wap air dari bawah akan naik ke atas untuk membentuk awan.
“Menerusi pembenihan awan, kita sebenarnya mempercepatkan proses penurunan hujan dan juga meningkatkan jumlah hujan.
Ia
mengambil masa antara 15 minit hingga setengah jam untuk penghasilan
hujan selepas larutan garam tersebut disemburkan,” katanya.
Muhammad Helmi berkata, operasi beberapa minggu lalu tidak berjaya kerana cuaca yang tidak menentu.
Katanya, keadaan angin yang sangat kuat, menyebabkan peluang untuk pembenihan awan bagi menghasilkan hujan agak tipis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan