Selasa, 11 Mac 2014

Juruterbang MH370 Bina Simulasi Peribadi Di Rumah

alt
Mahirah Zakaria 
KUALA LUMPUR  - Spekulasi sesetengah pihak yang menuduh kehilangan pesawat Malaysia Airline (MAS) penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing awal pagi Sabtu lalu berpunca daripada kesilapan Juruterbang pesawat Boeing 777, Kapten Zaharie Ahmad Shah  tidak seharusnya timbul.
Memetik dari blog, www.sharelor.net, minat Zaharie yang begitu mendalam terhadap bidang penerbangan hingga sanggup membina set simulasi penerbangan Boeing 777 untuk terus mempertajamkan kemahirannya.
alt
Set simulasi itu telah menempatkan tiga skrin LCD 32 inci dan tiga skrin sesentuh 21 inci yang mewakili alat navigasi dan fungsi yang berbeza seperti di dalam pesawat Boeing 777 yang sebenar.
Bekas penuntut di Penang Free School ini telah mencatatkan 18, 365 jam penerbangan sejak menyertai Malaysia Airlines pada 1981.
Awal pagi Sabtu lalu, negara dikejutnya dengan kehilangan pesawat penerbangan MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan didakwa hilang dari radar selepas 2 jam perjalanan.

Tiada ulasan: