Selasa, 18 Mac 2014

Jejak MH370 buntu, bingungkan semua pihak


HARAKAHDAILY


Pesawat MH370 diyakini belum terhempas dan tidak juga dirampas atau disembunyikan di
mana-mana lokasi oleh pihak berkepentingan. Kehilangannya penuh misteri, sehingga menyebabkan semakin banyak pembabitan negara luar berusaha mencari dan menyelamat pesawat itu.

Ikuti pandangan pakar penerbangan mengenai isu ini, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga bekas pakar rujuk (penasihat) kepada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dalam bidang Aeroangkasa 2007-2008. Beliau ditemubual Wartawan Kanan Harakah, AZIZ MUDA di pejabat Harakah pada 14 Mac lalu.

WARTAWAN: Apa sebenarnya yang berlaku ke atas pe sawat MAS MH370 itu pada pandangan Dr? 

DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR: Apa berlaku pada kapal terbang ini satu soalan yang bukan sahaja ditanya oleh rakyat Malaysia, tetapi juga ditanya oleh mereka yang pakar dalam industri penerbangan termasuklah dalam negara dan luar negara, hatta agensi yang menyiasat mengenai kemalangan di Amerika Syarikat seperti LTSB. Mereka mempersoalkan beberapa perkara pelik yang tidak se perti kebiasaan berlaku da lam kes-kes kemalangan seperti ini. Mereka ada pe ngalaman yang ba nyak. Kalau macam LTSB di Amerika itu, Amerika negara besar, jadi kemalangan sering berlaku.

Tetapi dalam kes ini, pengalaman kita tidak ada dan kali terakhir kemalang an besar berlaku pada ta hun 1977 yang lain itu ha nya kemalangan kecil sa haja. Jadi persoalan apa yang terjadi ini menjadi perbahasan oleh se mua pihak. Jadi kita tak boleh elak setiap daripadanya membuat telahan atau spekulasi masing-masing mengenai apa yang berlaku.

Macam mana boleh berlakunya kehilangan sesebuah pesawat?.

Ia boleh berlaku akibat daripada sekurang-kurangnya lima faktor kegagalan terhadap sesebuah pesa wat.

Pertama, kegagalan terhadap struktur pesawat, badan pesawat itu sendiri.

Kedua, kegagalan terhadap sistem avionik dalam bahasa kejuruteraannya ataupun secara ringkasnya mengenai komunikasi dan elektronik yang ada dalam pesawat itu. Ketiga, kegagalan terhadap enjin sistem kuasa sesebuah pesawat. Keempat, faktor manusia.

Faktor ini merangkumi sebelum pesawat itu terbang sehinggalah semasa pesawat itu dikatakan gagal, sama ada faktor manusia ini termasuklah apakah masalah yang berlaku da lam pesawat pada masa itu, apakah yang berlaku kepada juruterbang dan pe nolong juruterbang pada masa itu dan juga termasuk apa yang berlaku semasa penyelenggaraan pesawat. Ini adalah di bawah faktor kemanusiaan atau faktor manusia.

Kelima, aksi sabotaj daripada mana-mana pihak. Ini adalah merupakan faktor luaran. Faktor luaran yang di luar kawalan kita secara directnya. Mungkin kapal terbang itu tip top, orang tip top, semua tip top, tetapi oleh kerana ada faktor luar an seperti rampasan dan se bagainya ini sememangnya kita tak boleh buat apa-apalah. Jadi faktorfaktor ini lah yang dibentangkan di hadapan kita sekarang untuk kita buat suatu analisis ke manakah atau apakah sebenarnya yang berlaku.

Dalam faktor sistem, menurut penyiasat kejuteraan penerbangan Amerika, jika sesebuah pesawat itu jatuh ke dalam air pun, ia masih boleh berhubung de ngan menara kawalan...

Sesebuah pesawat bukan sahaja Boeing 777 ini, maknanya Boeing 777 ini adalah satu pesawat yang dalam industri penerbangan antara pesawat terbaik yang dihasilkan. Mempu nyai rekod baik dan memulakan service pada tahun 1995. Kira barulah dan yang secara spesifiknya Boeing 777 MH370 ini hanya baru berusia 11 tahun di Malaysia. Setiap pesawat seperti ini dilengkapi dengan beberapa sistem untuk menghubungi menara kawalan.

Menjawab soalan ini, sekiranya pesawat terhem pas sekalipun sekurang-kurangnya ada dua sistem yang akan menghantar signal secara automatik.

Auto matik ini berlaku sekiranya terhempas, sekiranya ia me nerima hentakan yang kuat.
Pertama, apabila pesa wat bersentuh dengan air kepada dua komponen ka pal terbang iaitu yang dipanggil se bagai ELT atau Emergency Location Transmitter yang ada di tengah-tengah badan pesawat itu.

Kedua, adalah black box atau kotak hitam. Dalam kotak hitam ini ada dua komponen yang besar iaitu voice recorder (perakam sua ra) dan perakam perjalanan kapal terbang. Pada kotak hitam ini ada transponder untuk menghantar signal yang activate, yang akan dihidupkan secara automatik apabila berlaku hentakan yang kuat dan juga apabila tersentuh de ngan air. Secara automatik akan menghantar selama 30 hari, ia punya baterinya akan bertahan selama 30 hari.

Jadi sebarang hempasan yang berlaku sama ada di air atau pun di darat akan menyebabkan dua transponder ini, transmitter ini akan menghantar signal yang sepatutnya kita akan tahu apa yang berlaku. Bukannya orang kata kalau jatuh dalam air, kalau ia turun dengan perlahan dalam air mungkin tak berkecai dan tidak ada hentakan yang kuat. Tetapi transponder ini direkabentuk supaya ia akan dihidupkan secara automatik apabila tersentuh dengan air. Sama sahaja, sama ada di darat atau laut, ia akan dihidupkan secara automatik menghantar signal.

Maklumat yang diumumkan tidak ada sebarang signal diterima yang menunjukkan pesawat ini terhempas.

Mungkin, ada juga sa tu persoalan lain timbul, sekiranya pesawat ini kata kanlah jatuh ke dasar laut. Dalam keadaan yang dalam itu mungkin ada masalah dari segi nak hantar signal. Ini benar sekiranya dasar-dasar itu adalah di kawasan berhampiran dengan Filipina, iaitu Mariana Trest dekat dengan Filipina ini dengan kedalamannya 14,000 meter iaitu yang paling dalam di dunia.

Kalau Gunung Everest pun boleh masuk ke dalam lubang itu, ia boleh tengge lam, tetapi pesawat ini tidak menghala ke kawasan ini. Ia menghala sampai 1 point sebelum tempat yang dinamakan Igari dalam jadual penerbangan itu dan berpatah balik. Jadi sekiranya ini berlaku dan di Laut China Selatan dan di Laut Selat Melaka ini secara relatifnya adalah kawasan yang tidak dalam. Jadi kalau tempat di dasar laut sekali pun kedalaman sekadar 60 meter yang ada ini, signal itu masih lagi boleh dihantar dan berfungsi.

Bagaimana fungsi kotak hitam?

Sejarahnya memang asalnya kotak ini dicat de ngan warna hitam, pada awal-awal industri penerbangan dulu.

Tetapi oleh ke rana warna hitam sukar dicari dengan visual dan signal receiver, maka kini ia dicat dengan warna oren pinang kalau bahasa kitalah, tapi namanya tetap dipanggil dengan kotak hitam, tak dipanggil kotak oren.

Ada dua cara pengesanan ini. Pertamanya dengan cara visual sebab itu ditukar warna supaya siapa yang terjumpa di mana-mana pun atas darat, dalam keadaan boleh dilihat.

Kedua, dengan mempunyai keleng kapan elektronik untuk pe ngesanan yang boleh menerima signal yang dihantar oleh transmitter yang ada pada kotak hitam.

Maknanya kotak hitam itu boleh dikesan dengan alat pengesan, tapi sekarang kenapa tak boleh dikesan?

Iya! Ia boleh dikesan dengan alat pengesan. Tapi sekarang, ia tak boleh dikesan.

Itu yang menjadi persoalan, seolah-olah mem beri gambaran baha wa pesawat itu tidak terhempas di manamana pun. Inilah yang menjadi ke bingungan sebenarnya ke pada semua pengamal kejuruteraan penerbangan dan industri penerbangan. Kalau terhempas di mana-mana tentulah akan jumpa signal kotak hitam dan kotak hitam itu sendiri akan ditemui, terutama kalau ja tuh atas darat ia mudah dijumpa. Banyak perkara yang berlaku. Daripada se gi kebiasaan penjelasan ilmu kejuruteraan ini tidak sebagaimana kebiasaan. Ia berada di luar kebiasaan.
Ini lah yang menjadi banyak tanda tanya sekarang.

Pihak penerbangan Ame rika Syarikat ada mendakwa pesawat MH370 masih bergerak sehingga empat jam setelah terputus hubungan dengan menara kawalan dan andaian yang di buat kini ia dikatakan ber ada di sempadan Pakistan.

Kita mendengar dalam press conference semalam (13 Mac) daripada pihak ber kuasa tentang dakwaan mengatakan pesawat masih boleh terbang sehingga empat jam, sebagai tidak benar.
Itu secara officialnya diberitahu begitu kepada kita. Apa yang berlaku ialah maklumat yang ada bahawa pesawat itu terbang ke satu titik yang berhampiran dengan Igari.

Igari ini adalah, kalau kita tengok dekat kawasan Laut China Selatan itu tak ada tempat yang dinamakan Igari. Tetapi ini dalam lebuh raya kapal terbang. Ia akan sampai di situ dan ia akan melakukan sedikit perubahan kedudukan untuk menghala ke Beijing. Pergi sampai Igari ia akan menghala ke Beijing. Titik Igari ini adalah titik di mana, saya lihat ini hanya be berapa kilometer sahaja dari sempadan di mana ka walan ATC ini akan dipassing kepada Ho Chin Ming.
ATC (Air Traffic Controller) Malaysia ini berada di KLIA.

Jangkauan radarnya sampai kepada Igari. Bebe rapa kilometer selepas Igari itu akan dipindahkan kepada kawalan menara Ho Chin Ming. Ia akan ikut Ho Chin Ming sehingga sampai ke satu titik yang lain maka ia dipindah kepada kawal an menara di Beijing pula. Begitulah cara bagaimana pergerakan kapal terbang berlaku.

Apa yang diberitahu, bila sampai kepada titik Igari itu, pesawat MH370 telah terputus hubungan de ngan ATC.

Maklumat daripada ATC, ia terputus hubungan dan direkodkan oleh radar tentera Malaysia bahawa berlaku perubahan arah yang dikatakan sebagai air turn back.

Dalam istilah bagi se orang juruterbang air turn back itu bermaksud ia akan balik ke pangkalan, ia akan corner sedikit dan ia akan balik ke KLIA. Tapi dalam kes ini, ia tak balik ke KLIA, tetapi ia berpusing sedikit dan ia terus menghala ke Phuket ke arah hala utara, Kedah ini.

Maklumat itu diberi oleh primary radar yang di punyai tentera. Primary radar ini tidak merekodkan nama pesawat.

Ia hanya me rekodkan ada objek da lam radarnya itu.

Ada objek terbang menghala ke situ. Ia tak mengesan nombor ke rana primary radar tidak mempunyai fasiliti untuk mengesan nombor. Mengesan nombor hanya primary radar yang ada pada ATC di KLIA.

Kalau kita tengok radar di KLIA ini perjalanan pesawat selain daripada kapal terbang ia ada satu label empat angka yang akan unit kepada pe sawat itu. Empat angka ini akan bergerak mewakili pesawat berkenaan, tapi pada primary radar tentera, maklumat empat angka ini tidak ada kerana dua sistem yang berbeza, primary radar ini hanya memantulkan radiovet dan ia akan pantul balik tanpa maklumat detail pe sawat.

Yang ada dalam primary radar kebiasaannya ia lah maklumat mengenai kedudukan pesawat itu di mana dan pesawat itu pada sudutnya berapa, itu saja maklumat primary radar.

Apa yang paling penting pada peringkat ini?

Paling penting pada peringkat ini ialah pihak berkuasa meneliti data secondary radar daripada menara kawalan di Kuala Lumpur dengan data primary radar yang dipunyai oleh Kementerian Pertahanan untuk me lihat adakah pesawat ini adalah pesawat yang sama. Kena establish itu sebagai yang pertama. Adakah pesawat yang sama. Kalau pe sawat yang sama boleh dikenal pasti melalui masanya, pukul berapa dan sebagainya, sebab mungkin ada orang kata mungkin jet, tapi itulah kena establish dulu, kalau betul pesawat yang sama maka data daripada primary radar tentera ini perlu dilihat sehingga ke mana pesawat itu pergi.

Kita diberitahu menghala ke arah Phuket dan tak tahu sama ada data itu hilang di situ atau te rus sampai ke Andaman, wallahua’lam. Ini tak diberitahu oleh pihak keselamatan atas sebab-sebab mereka sendiri.

Tiada ulasan: