Isnin, 17 Mac 2014

Izzah: Daily Mail buat dakwaan palsu kaitkan Anwar dengan misteri MH370

Oleh: Afeeqa Afeera


KUALA LUMPUR : Dakwaan tabloid Daily Mail yang menyiarkan berita kaitan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kehilangan pesawat MH370 sebagai akhbar picisan yang banyak melaporkan berita palsu.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata PKR tidak akan melayan teori konspirasi ‘menggila’ ini kerana seluruh keutamaan kini tertumpu kepada usaha-usaha mencari dan menyelamat.

Nurul-Izzah“Keutamaan kita untuk menyelamatkan pesawat, penumpang dan kemudiannya mencerakinkan apakah tugasan dan urustadbir yang lebih baik termasuklah hubungan antara agensi yang lebih konsisten dan terbuka supaya kita dapat kenalpasti kalau benar dirampas, siapa yang bertanggungjawab dan dihadapkan ke muka pengadilan.

“Saya harap kita janganlah mengulangi sesuatu yang amat menyakitkan bila berkait dengan sesorang yang tidak mampu mempertahankan dirinya dan saya harap media Malaysia lebih bertanggungjawab daripada apa yang dilakukan Daily Mail,” katanya.

Stealth MH370Semalam, akhbar tabloid United Kingdom, Daily Mail melaporkan bahawa juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah seorang ‘fanatik politik’ dan ‘aktivis sosial yang lantang’.

Daily Mail juga melaporkan Zaharie menghadiri keputusan perbicaraan liwat Anwar, beberapa jam sebelum menerbangkan pesawat malang itu.
EZY

Tiada ulasan: