SEPANG - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak mahu mengesahkan apa-apa maklumat berhubung imej dua objek yang diambil dari satelit oleh Australia.
Menurutnya, pihaknya masih menunggu maklumat lanjut dari pihak berkuasa Australia.
"Pasukan mencari Australia sedang menuju ke lokasi yang telah dikenal pasti dan buat masa sekarang kami belum menerima sebarang maklumat terbaru," katanya pada sidang media, hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri Australia, Tony Abbot telah mengumumkan penemuan misteri dua objek terapung di bahagian selatan Laut Hindi.
Menurut beliau, penemuan tersebut ialah hasil maklumat yang diperoleh dari satelit dan mungkin berkait rapat dengan kehilangan MH370.
Tambah beliau lagi, sebuah pesawat P-3 Orion telah dihantar ke lokasi di mana objek tersebut kelihatan.
Sementara itu, Hishammuddin menasihati semua pihak agar terus sabar dan menunggu maklumat pengesahan selanjutnya.
"Kami tidak dapat mengesahkan apa-apa maklumat buat masa sekarang, namun kami akan berikan berita terbaru sebaik sahaja kami dimaklumkan oleh pihak berkenaan,"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan