Roketkini.com
KUALA LUMPUR: DAP hari ini mengancam untuk mengheret Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jika beliau enggan menarik balik dakwaan bukan Melayu ‘lebih menerima’ rogol bawah umur.
Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M Kulasegaran berkata, penjelasan Wan Junaidi bahawa kenyataan telah disalahfaham bukan saja tidak boleh diterima malah mengelirukan Dewan Rakyat.
“Wan Junaidi tidak harus cuba untuk mencari alasan atau membela dakwaan beliau yang sememangnya terbukti salah.
“Tidak ada justifikasi khusus untuk dakwaannya yang tidak berasas dan menyakitkan hati itu.
Satu-satunya pilihan adalah memohon maaf, menarik balik atau dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.
Naib Pengerusi DAP Kebangsaan itu juga menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi penjelasan segera dan melakukan tindakan terhadap kebiadapan Wan Junaidi.
Kegagalan Najib dan kerajaan berbuat demikian tentunya memperlihatkan kepada rakyat bahawa BN menyokong dakwaan tidak berasas serta kebiadapan pemimpinnya. – Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan