Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Tengku Zaihan Che Ku Abdul
Rahman sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil
(PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.
Timbalan perdana menteri membuat pengumuman itu di Kuala Besut, Terengganu.
PAS akan mengumumkan calon mereka malam nanti.
Tangku Zaihan adalah Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pengaliran dan
Saliran (Bahagian Korporat). Beliau berumur 37 tahun dan mempunyai
kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Sains
Malaysia (USM).
Beliau adalah anak tempatan dan bekas jurutera JPS daerah Besut.
Dr A Rahman Mokhtar, Adun Kuala Besut meninggal 26 Jun lalu selepas
50 hari menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk penggal kedua.
Ia menyebabkan PRK terpaksa diadakan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pada 12 Julai dan hari mengundi 24 Julai ini.
Pada PRU13, allahyarham memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS,
Napisah Ismail mendapat 6,375 undi. Majoriti Allahyarham adalah 2,434
undi.
Daripada 14 pilihan raya sebelum ini, pembangkang iaitu PAS menang
empat kali iaitu 1959, 1969, 1974 dan 1999 manakala yang lainnya
dimenangi BN.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka mengumumkan calon pilihan mereka malam ini.
Antara yang disebut-sebut bakal mewakili PAS ialah Azlan Yusof, 48;
Setiausaha Majlis Syura Ulama, Nik Zawawi Salleh dan Yang Dipertua PAS
Besut, Wan Azhar Wan Ahmad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan