"Tak perlu mengguna ayat-ayat yang boleh membawa maksud mencadangkan Bawani keluar dari Malaysia dan UUM.
"Adalah lebih baik kalau Sharifah berhujah dengan bijaksana, dengan pengajaran yang baik, berdebat dengan cara yang terbaik," katanya menerusi SMS kepada Sinar Harian Online.
Terdahulu, beliau mengadakan sesi pertemuan "teh tarik" dengan KS Bawani di ibu negara.
Nama Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dan Bawani tiba-tiba menjadi bualan hangat setelah klip video berdurasi sekitar 20 minit membabitkan mereka berdua tersebar luas di internet.
Video menyaksikan Bawani yang sedang lantang berhujah cuba dihentikan oleh Sharifah yang akhirnya mengundang suasana tegang apabila Bawani enggan berhenti bercakap.
Sharifah kemudiaannya mengulangi perkataan "listen" sebanyak 11 kali sebelum menarik pembesar suara itu daripada Bawani.
Menurut Saifuddin, Sharifah Zohra tidak sepatutnya memperlakukan Bawani sedemikian rupa.
"Saya kesal kerana insiden ini berlaku. Bawani sepatutnya dibenarkan menghabiskan percakapannya. Sharifah tidak sepatutnya menarik pembesar suara untuk menghentikan Bawani bercakap. Ada cara lebih baik daripada itu," ujar beliau.
Beliau yang ada menghubungi dan bertemu sendiri dengan Bawani dan rakan-rakannya berkata, insiden seperti ini jika berterusan akan mewujudkan keadaan seperti "api dalam sekam".
"Saya dapat menyelami perasaan mahasiswa berkaitan insiden ini. Sebelum ini, saya mendengar pelbagai aduan tentang kes-kes mahasiswa dan orang muda diperlekehkan, diperkecilkan atau terlalu dikawal oleh sesetengah pihak. Sebab itu insiden ini menggamit minat ramai mahasiswa dan orang muda," katanya sambil menyeru pelbagai pihak mengambil iktibar daripada insiden tersebut.
Semalam, Naib Cancelor UUM, Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak akur Bawani agak kasar ketika bertanyakan soalan, namun katanya, Sharifah Zohra boleh memilih untuk menjawab secara profesional dan berhemah.
"Apa yang berlaku itu saya agak kesal kerana cara soalan itu dikendalikan, saya rasa boleh dengan cara yang lebih baik, cara soalan itu dijawab juga agak keras dan agak kasar, agak kurang sesuai.
"Saya terkilan dengan pendekatan dia menjawab soalan yang saya kira agak kurang profesional lah," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan