Najib Razak terus memperolok-olok dan mempermainkan rakyat Kelantan dengan mengulangi beberapa tawaran yang hendak diberikan kepada rakyat Kelantan sekiranya Umno berjaya merampas Kelantan dari tangan PAS. Tawaran dan janji itu telah dibuat setiap kali dia memijak bumi Kelantan.
Najib: Buat tawaran lagi. |
Janji atau tawaran lain ialah pembinaan sebuah stadium memandangkan perkembangan bola sepak di Kelantan memberangsangkan dan juga pembinaan rumah untuk rakyat sebanyak 3,000 unit.
Beliau juga sekali menjanjikan hendak menyediakan kemudahan air bersih di Kelantan yang didakwa oleh Umno air Kelantan bermasalah. Tawaran untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan ini sesuatu yang tidak wajar dibuat oleh Najib atau dijadikan syarat sekiranya Umno menang di Kelantan.
Sekiranya beliau seorang pemimpin yang memahami tanggungjawab dan amanah yang dipikulnya tidak sepatutnya beliau menjadikan isu air yang merupakan aset semula jadi untuk rakyat sebagai modal politik. Suka atau tidak Najib perlu memberi peruntukan atau mengatasinya masalah itu tanpa ada motif. Tidak sepatutnya aset atau anugerah Allah dipolitikkan. Namun...
Ketahukah Najib bahawa ada empat aset atau anugerah Allah yang tidak boleh diperdagangkan, iaitu udara, minyak dan air. Najib hari ini mengunjungi Kelantan dalam rangka berkempen menjelang pilihan raya.
Janji atau tawaran lain ini merupakan tawaran baru, ialah pembinaan kampus khas untuk Universiti Teknologi Malaysia, (UITM) Kelantan, membina sebuah masjid bernilai RM5 juta dan memperkenalkan repaid di Kota Bharu.
Setiap kali Najib menyebut segala tawaran itu hadiran di RTC Tunjung bersorak dan bertepok tangan bagaikan penduduk di negeri Beringin Rendang ketika menyaksikan skor board menunjukkan negeri mereka sudah menang dalam teka teki di antara Pak Belalang dengan Raja Masai. Najib seronok melihat gelagat rakyat Kelantan dan terhibur dengan tepok sorak setiap kali beliau mengumumkan segala tawaran itu.
Bagaimana pun kita yakin yang hadir di majlis Najib di RTC itu adalah kakitangan kerajaan yang celik huruf. Mereka semua dipaksa dan murid sekolah dipunggah. Mereka itu sengaja menjadi diri mereka seperti penduduk Beringin Rendang kerana hendak menyedapkan hati Najib. Najib memperolok-olokkan mereka, mereka memperolok-olokkan Najib.
Kalau Najib jujur dan ikhlas dia tidak hanya bermain dengan kata-kata dan memperolok-olokkan rakyat Kelantan dan melayani mereka bagaikan budak-budak. Rakyat Kelantan bukan penduduk negeri Beringin Rendang yang buta huruf, malahan mereka celik huruf dan arif IT. Rakyat memahami masalah Najib dan juga sejauh mana wibawa Najib sebagai perdana menteri.
Rakyat Kelantan juga tahu kes Altantuya dan mereka mengikut dengan penuh minat pendedahan taukeh karpet Deepak Jaikhisan. Juga mereka mengetahui apa yang sedang bergelora didalam lautan Umno di mana jerung bernama Mahathir kini sedang mengepong Najib agar masuk jaring.
Apa yang Najib patut laukan ialah bukan memperolok-olok rakyat Kelantan tetapi terus melaksanakan apa-apa yang sepatut disegerakan. Misalnya masalah air yang didakwa bermasalah itu, stadium dan juga lebuh raya Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai perlu dibina hari ini juga.
Apabila Najib berjanji dan memberi isyarat maka ia tidak ikhlas. Rakyat Kelantan yang sudah masak dengan politik dan tanggungjawab sebuah kerajaan tidak akan teruja. Begitu juga dengan pemberian wang RM100 kepada murid sekolah ia tidak akan mengubahkan keadaan kerana rakyat sudah tahu wang itu adalah hak mereka bukan hak Umno. Sesiapa pun yang menjadi kerajaan hak atau wang itu akan tetap diterima oleh rakyat bahkan jumlahnya mungkin lebih besar dari itu.
Rakyat juga tidak begitu mengharaplan kepada semua tawaran itu dilaksanakan. Mereka tentu sangsi apakah UBN sempat melaksanakan atau tidak kerana Pakatan Rakyat juga kini sedang mengorak untuk menerajui kerajaan Malaysia. Sudah pasti kalau PR menang dan menjadikan kerajaan mereka juga akan melaksanakan semua itu.
Hari ini dengan perkembangan politik terkini, kecelaruan didalam Umno dan semakin meningkatnya sokongan rakyat Pakatan Rakyat, tenguk Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) minggu lalu, belum pasti lagi UBN dapat mengekalkan kekuasaan mereka. Tidak ada siapa yang boleh memberi jaminan yang UBN akan kekal memerintah. Jadi janji dan tawaran Najib itu tidak lebih dari angan-angan dari seorang taukeh yang sebenarnya dia sedang menuju ke lembah muflis tetapi tidak diketahui keadaan itu.
Kesimpulannya janji dan tawaran Najib sudah difahami ia adalah tidak lebih daripada 'basabasi' dan modal pilihan raya saja dan tidak perlu dipegang sebagai sebuah janji akan ditunai. Seperti ditegaskan tadi kalau Najib ikhlas hendak membantu rakyat Kelantan binalah lebuh raya hari ini juga, atasilah masalah air hari ini juga dan buatlah stadium malam ini juga. Kenapa tunggu selepas pilihan raya? Rakyat Kelantan bukan penduduk negeri Beringin Rendang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan