Selasa, 22 Januari 2013

Mahathir VS Tunku Abdul Rahman : Tubuh Suruhanjaya DiRaja (RCI) Siasat Isu Kerakyatan 1 Juta Termasuk Cina & India di Tanah Melayu?

Staff Berita Semasa 
Mahathir Tunku Abdul Rahman Mahathir VS Tunku Abdul Rahman : Tubuh Suruhanjaya DiRaja (RCI) Siasat Isu Kerakyatan 1 Juta Termasuk Cina & India di Tanah Melayu?

Sesekali ada baiknya timbul isu seperti ini agar kita boleh singkap semula sejarah Tanah Melayu selepas merdeka tahun 1957. Pada pandangan kami, Suruhanjaya Diraja (RCI) ini telah membuka “can of worms” di atas penubuhan Malaysia itu sendiri. Sekiranya dibincang dengan lebih mendalam, konsep ketuanan Melayu itu sebenarnya tidak ada. Sebab apa?

Definisi Melayu dibuat dan termaktub dalam perlemabagaan, tidak ada “physical features” merujuk Melayu itu sendiri seperti Cina dan India. Sesiapa sahaja mempunyai peluang untuk menjadi Melayu menurut perlembagaan Malaysia.
Cina, India, Kadazan, Iban, Melanau, Bangla, Indon…semua boleh menjadi Melayu.
IC Rahman Tanah Melayu Mahathir VS Tunku Abdul Rahman : Tubuh Suruhanjaya DiRaja (RCI) Siasat Isu Kerakyatan 1 Juta Termasuk Cina & India di Tanah Melayu? 

Tun Dr Mahathir lebih suka mengambil pendekatan untuk mencari salah orang lain berbanding menilai semula kesilapan diri sendiri dengan cara menyalahkan Tunku Abdul Rahman. Hakikatnya, bangsa Cina, India diberikan kerakyatan kerana ia merupakan perjanjian dan syarat untuk membolehkan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957. Tanah Melayu mahu merdeka, mesti menerima syarat yang dikenakan oleh Bristih. Apatah lagi pada masa itu, parti UMNO lebih suka mengadakan rundingan dengan pihak Bristish

Jikalau anda semua mempelajari sejarah yang dibukukan di peringkat sekolah kita semula dimaklumkan seperyi di bawah ini :
  • Apabila merdeka : Ia merupakan usaha dan jasa UMNO
  • Tetapi melibatkan isu memberikan kerakyatan : Ia hanya salah Tunku Abdul Rahman, bukan salah UMNO. Adilkah begitu?
Tetapi Tun Mahathir jangan lupa seperti bait-bait perkataan yang pernah Tun Mahathir ungkapkan sebelum semasa ucapan pengulungan Presiden, Perhimpunan Agung UMNO pada 23 Jun 2001 yang berbunyi :
“Melayu Mudah Lupa”
 
Tun Mahathir perlu mengakui jika tidak kerana Tunku Abdul Rahman menerima kerakyatan bangsa Cina dan India pada masa itu jugalah, masakan bapa beliau Mohamed Kutty boleh diterima menjadi rakyat Malaysia. Yang mana Tun Mahathir Mohamed sendiri bertindak membuang nama Kutty daripada Mohamed. Kalau tidak buang, tidak dapatlah status bumiputera.
Adakah Tunku Abdul Rahman telah melakukan kesilapan besar kerana memberikan kerakyatan kepada bapa Tun Mahthir yang berasal dari Kerala, India?
Kenapa Tun Mahathir masih lagi mahu mempertikaikan keputusan raja-raja Melayu yang telah sama-sama bersetuju dengan British untuk memerdekakan Malaya pada masa itu? Tunku Abdul Rahman yang juga merupakan Presiden UMNO pada masa itu terpaksa akur  dan hanya mengikut syor dalam laporan Suruhanjaya Reid, yang kemudiannya dimasukkan ke dalam Bahagian III dalam perlembagaan persekutuan. Konsep kontrak sosial yang antara lainnya termasuk penerimaan kedudukan istimewa orang Melayu untuk status kerakyatan orang Cina dan India. Menerimanya demi untuk melihat tanah Melayu merdeka.
  1. Mengapa Tun Mahathir mahu suruhanjaya diraja dibentuk untuk menyiasat pemberian kerakyatan kepada pendatang asing ketika pentadbiran perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman?
  2. Adakah Tun Mahathir beranggapan bangsa Cina & India yang ada di Malaysia ini menerima kerakyatan itu dengan cara tidak sah & tidak bermoral? Adakah begitu?
TunKu Abdul Rahman Merdeka Mahathir VS Tunku Abdul Rahman : Tubuh Suruhanjaya DiRaja (RCI) Siasat Isu Kerakyatan 1 Juta Termasuk Cina & India di Tanah Melayu? 

Tun Mahathir Mohamad, Tunku Abdul Rahman sudah lama pun meninggal dunia. Kawan baik Tun Mahathir iaitu Tan Sri Megat Junid Megat Ayub yang dikaitkan dengan skandal projek IC Sabah (KLIK SINI) ini juga telah meninggal dunia. Yang telah pergi, biarlah. Usahlah….disebut-sebut. Yang masih tinggal inilah, gunakan ruang yang ada untuk beramal dan menghabiskan sisa-sisa hidup dengan berbuat baik kepada orang ramai.
Tun Mahathir bagi kami negarawan ulung, ada sumbangan dan jasanya, kami akui. Tetapi cukuplah. Masa, ruang dan peluang sudah diberikan selama 22 tahun. Mahu apa lagi?
Kami bersetuju dengan pendapat pakar perlembagaan negara, Profesor Aziz Bari yang mahu majlis raja-raja campur tangan dalam soal ini. ApA yang dilakukan oleh Tun Mahathir sangat berbeza dengan tindakan Tunku Abdul Rahman. Tun Mahathir :
  1. memberikan taraf kerakyatan kepada 200,000 pendatang asing di Sabah ketika beliau menjadi perdana menteri.
  2. Sebab Tun Mahathir bertindak begitu? 200,000 pendatang asing Muslim itu telah berada di Sabah untuk satu tempoh yang lama iaitu lebih 20 tahun dan menggunakan bahasa Melayu dalam komunikasi serta mengamalkan budaya setempat.
  3. “Dari segi perundangan mereka memang layak untuk mendapat taraf kerakyatan,” kata Tun Mahathir

Beza Tunku Abdul Rahman VS Tun Mahathir

Kerakyatan Malaysia Rahman Mahathir VS Tunku Abdul Rahman : Tubuh Suruhanjaya DiRaja (RCI) Siasat Isu Kerakyatan 1 Juta Termasuk Cina & India di Tanah Melayu? 

Zaman Tunku bagi warganegara pada Cina dan India disebabkan mereka sudah tinggal lama di Tanah Melayu sehingga beberapa generasi dan mereka tiada tempat lain dan mengganggap Malaya tanah air mereka. Hidup mati mereka di tanah Melayu. Untuk kes Sabahan pula? Tiada sebab mengapa PATI patut diberikan hak mendapat warganegara. Atas sebab Islam sahaja? Selain daripada itu? Apa sumbangan mereka kepada negeri Sabah?

Alasan kononnya PATI ini telah tinggal lama di Sabah contohnya tidak boleh digunapakai. PATI ini bebas untuk keluar masuk Sabah, Filipina atau Indonesia dek kerana terlalu banyak “jalan tikus” dan sistem kawalan keselamatan yang lemah di sempadan.
  1. Projek IC ini bagi kami telah memperlekehkan perlembagaan negara.
  2. Kedua, mempermainkan undang-undang negara
  3. Ketiga, merosakkan sistem demokrasi negara
  4. Keempat, membahayakan keselamatan negara dan berlakunya ketidakseimbangan masyarakat
Pada zaman Tunku, kerakyatan diberikan sebagai salah satu isyarat kemerdekaan dan tekanan daripada British…pada zaman Mahathir tekanan yang ada ialah untuk ________________(jawapan untuk persoalan ini, kami pulangkan kepada anda untuk dijawab). Apa pandangan dan hujah anda pula mengenai isu kerakyatan di Malaysia yang meletus ketika ini?

P/S : Patutkah ditubuhkan Suruhajaya Diraja mengenai kerakyatan sebelum mereka?

Tiada ulasan: